Buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara - Kumpulan Cerita Rakyat Etnik Bajau Semporna


Kisah Ombak Tiga Bersaudara adalah merupakan sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita rakyat etnik bajau di Semporna. 

Mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 jenis pelbagai kisah dan cerita lagenda mahupun mitos yang berjaya dikumpulkan melalui sumber bertulis atau lisan.

Ianya diperolehi daripada sumber, penyampai atau pemberi maklumat yang dipercayai iaitu orang-orang lama, orang terdahulu yang mempunyai pengetahuan luas serta pengalaman tentang cerita-cerita rakyat di Semporna yang telah disampaikan sejak turun-temurun.

Buku ini mempunyai 171 muka surat tidak termasuk kulit muka hadapan, dicetak oleh Omr Press Sdn.Bhd dan diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.


Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2008 (cetakan pertama) dan dijual dengan harga Rm 23.00 sebuah.

Melalui paparan koleksi cerita-cerita rakyat etnik bajau Semporna "Buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara", pelbagai kisah berbentuk lagenda yang tersirat dengan teladan dan pedoman serta elemen pengajaran kepada masyarakat hari ini. 

Cerita-cerita rakyat tersebut bukan sahaja kaya dengan pengajaran bahkan menyelusuri sejarah dan asal-usul tempat di Semporna seperti "Kisah Pulau Kapal", "Kisah Pulau Kucing" dan "Gua Bohey Duru".

Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, bolehlah untuk datang membeli ke perpustakaan yang berhampiran atau hubungi kami ( 10 buah buku percuma kami sediakan ) 



Buku ini telah disusun oleh :- 
  • Sabilah Kadir 
  • Jasni Matlani 
  • Rubiah Nordin

Diedit oleh :-
  • Zainal Jaslan
  • Rohaniza Abdullah
  • Fauziah Ahmad

Sumber Cerita :-
  • Mat Sakiran Sulaiman
  • Puan Manis Muka Bte Mohd Darah
  • Haji Musa Sabaani
  • Habib Ridwan Habib Osman
  • Khalid Bin Mohd Taib
  • Mustapah Yakob
  • Haji Bakara B. Marahadja Onnong
  • Kerino Bin Jalani

Komen

Terbaru Lebih lama