Sunduk dalam bahasa melayu adalah bermaksud Batu Nisan. Ianya adalah merupakan bahasa suku kaum bajau ( Pantai Timur Sabah )
Merupakan tanda yang diletakkan di tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Selain itu ianya juga berfungsi sebagai penanda lokasi tempat arwah telah disemadikan.
Pada waktu dulu awalnya sunduk dihasilkan daripada kulit kerang dan batuan. Kemudian apabila seni bina ukir wujud ianya mula dihasilkan menggunakan kayu belian dengan pelbagai ukiran yang cantik.
Oleh kerana kayu belian sangat sukar ingin didapati dan harganya juga mahal, maka sunduk pada hari ini telah dihasilkan dengan menggunakan batu simen mengekalkan seni bina ukir yang sama.
Untuk mereka yang tidak tahu, terdapat sebuah muzium mini di Semporna yang dikenali sebagai Muzium Nisan Purba yang terletak di Pulau Omadal.
Muzium ini adalah sebuah muzium yang menyimpan pelbagai khazanah berharga sesuai dengan namanya iaitu sunduk-sunduk yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan dari zaman dulu kala.
Tapak perkuburan di Pulau Omadal adalah antara tapak perkuburan tertua di asia tenggara apabila kompleks perkuburan ini terdapat 4 tahap bentuk batu nisan bermula dari batu karang, batu menhir, kayu belian dan simen
- Muzium Nisan Purba Pulau Omadal
Maksud Rupa & Bentuk Sunduk
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, selain sebagai tanda penghormatan ianya juga merupakan penanda lokasi tempat arwah atau simati telah dikubur (disemadikan)
Namun untuk memudahkan penziarah yang datang ketapak perkuburan untuk tahu dan memahami serba sedikit tentang si mati. Kita boleh melihat dengan tanda-tanda yang ada terdapat pada sunduk yang terpacak.
Catat Ulasan