Kisah tersebut boleh baca di sini Catatan Peristiwa Berdarah Semporna - 29 April 1954
Antara mangsa korban dalam serangan lanun di Semporna pada ketika itu adalah terdiri daripada 3 anggota polis iaitu SJN Sagar, PC Jambuan, PC Gimun, Mr Thomas Robert Barnard (Pegawai Hutan British), tukang jahit berbangsa cina dan seorang pemuda berbangsa bajau simunul.
Tugu ini telah dibina bagi mengenang peristiwa berdarah tersebut dimana serangan dan keganasan lanun yang telah menyerang sewaktu Semporna masih lagi dibawah pengaruh kuasa British.
Namun tugu peringatan ini tidak lagi wujud dan telah dirobohkan. Tugu ini sebelumnya terletak dimana tempatnya kini telah diganti dengan Taman Kanak-Kanak iaitu berdekatan Pejabat Daerah Semporna lama yang kini telah ditukar menjadi Pejabat Tanah dan Ukur Daerah Semporna.
Kini hanya yang tinggal adalah sebuah menara kubu yang dibina sewaktu pemerintahan British di Semporna, dijadikan sebagai pengganti tugu untuk memperingati peristiwa berdarah tersebut.
Catat Ulasan