Dalam dialek bahasa Tausug @ Suluk, Tiyula bermaksud Sup manakala Itum pula bermaksud Hitam. Dari situlah ianya mendapat akan namanya kerana rupa bentuk sup ini yang berwarna hitam tidak seperti sup biasa yang kita makan.
Sup ini disediakan dengan menggunakan bahan utama yang terdiri daripada daging dan dimasak dengan menggunakan kelapa yang telah dibakar kemudian dihancurkan menjadi perencah kepada sup tersebut.
Tiyula Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua suku kaum suluk jika ada perayaan besar-besaran seperti Perkawinan, Kenduri, Majlis dan lain-lain lagi.
Cara Menyediakan Tiula Itum
- Daging akan dipotong kecil-kecil dan akan diperap bersama kunyit, setelah itu daging tersebut akan digaul sehingga sebati dengan kelapa bakar yang telah dikisar/dihancurkan
- Setelah itu, daging tersebut akan dimasak didalam periuk dengan menambah air, garam, serai, halia, lada dan ajinamoto secukup rasa.
Makanan ini telah dikenali oleh suku kaum lain di Sabah seperti Bajau, Bugis, Sungai dan lain-lain lagi. Sup Tiula Itum mempunyai kelazatannya tersendiri iaitu rasa unik sepertimana warnanya.
Jika belum pernah cuba, korang boleh mencuba kerana ianya kini boleh didapati mudah dijual di restoran-restoran makanan sekitar Semporna.
Catat Ulasan