Tehek-tehek yang telah siap dimasak bersama nasi dikenali sebagai Oko-Oko dan ianya adalah merupakan salah satu makanan yang unik dan jarang-jarang dikenali kecuali bagi para penggemarnya.
Rasanya yang sedikit manis bercampur masin seperti telur ikan, akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang buat pertama kali mencuba makanan eksotik ini.
Seakan penyediaan ketupat namun Oko-Oko ini disediakan dengan menggunakan cengkerang sejenis landak laut yang dikenali sebagai Tehe-Tehe (sejenis landak laut yang berduri pendek) berbeza dengan Tayum yang tidak sesuai untuk dijadikan Oko-Oko.
Makanan eksotik ini sangat rare kerana menggunakan bahan dan cara yang unik untuk disediakan selain jarang diketahui oleh orang ramai. Siapa sangka dengan hanya menggunakan salah satu jenis landak laut, sejenis makanan seakan pulut dihasilkan.
Cara Penyediaan
Tehek-tehek akan dibersihkan terlebih dahulu dengan membuang kotoran didalamnya. Berikut proses penyediaan Oko'-Oko' daripada Tehe'-Tehe'. Ianya perlu direbus terlebih dulu supaya durinya lembut agar memudahkan proses menanggalkan duri.
Catat Ulasan