Percutian Ke Bohey Dulang

Kali ini SM ingin kongsikan pengalaman apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Bohey Dulang, salah satu pulau yang terletak di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

Terlebih dahulu untuk pengetahuan semua, pulau ini sangat terkenal dengan aktiviti hiking dimana di puncaknya setinggi 700m nanti para pengunjung (Hiker) akan di sajikan dengan pemandangan yang sangat luar biasa iaitu sebuah lagun yang kebiruan dan dikelilingi gigi bukit yang terbentuk hasil dari bibir gunung berapi yang telah runtuh pada ribuan tahun lalu.

  • Baca Selanjutnya Di Sini 👉

Tiba Di Pulau Bohey Dulang

Apabila tiba di Pulau Bohey Dulang, perkara pertama yang korang perlu lakukan adalah melaporkan ketibaan rombangan korang kepada pihak

Selalunya pemandu pelancong atau pemandu bot pelancong korang yang akan buat, ianya bertujuan bagi menjamin keselamatan selain memaklumkan keberadaan korang yang telah selamat tiba di pulau tersebut.

Okay... seperti apa yang SM sebutkan sebelum ini, aktiviti utama kalau korang datang ke mari adalah melakukan pendakian (Hiking) so korang haruslah wajib memakai atau membawa sepasang kasut demi keselamatan semasa aktiviti "hiking" nanti.

Kepada individu yang gagal untuk memakai kasut tidak akan sesekali dibenarkan turut serta dalam melakukan aktiviti "hiking" di bukit tersebut. 

Walaubagaimanapun jangan risau, kerana korang juga boleh menyewa kasut di kaunter yang telah disediakan oleh pihak Taman-Taman Sabah iaitu kasut jenis getah RM5 akan dicaj bagi setiap sepasang kasut.

  • Baca Selanjutnya Di Sini 👉 

Hiking Di Bukit Bohey Dulang

Sekitar jam 10 pagi SM dan dan lain-lain diarahkan untuk berkumpul di satu kawasan yang terletak berdekatan dengan pintu masuk atau gerbang laluan hiking dimana di situ nanti kita akan mendengar sedikit taklimat tentang beberapa perkara dan peraturan yang perlu kita patuhi.

Setelah itu kita akan bergerak secara berkumpulan menuju ke laluan yang telah disediakan untuk memulakan aktiviti "hiking".

Sepanjang pendakian nanti, kita akan dibantu oleh petugas-petugas keselamatan iaitu "guide" yang telah dilantik untuk membantu kita di setiap post 

Di sekitar lalaun hiking nanti, ita akan dapat melihat pelbagi jenis pokok dan tumbuhan liar yang jarang kita lihat berusia ratusan tahun.

Selain itu, kita juga akan dapat melihat batu-batuan Volkanik jenis Andaser yang merupakan sejenis batuan beku terbentuk daripada lava yang telah mengeras. Selalunya para hiker dan palancong akan mengambil kesempatan untuk bergambar.


Tiba Di Puncak Bukit Bohey Dulang

Tamat 700m melakukan pendakian, akhirnya setelah kira-kira 40 minit berjalan menempuh pelbagai kawasan yang mencabar (bergantung kepada individu masing-masing ada yang cepat sampai, ada juga yang lambat)

Rombongan kumpulan kami pun berjaya sampai ke lokasi dimana perhentian terakhir yang terletak 700m dari aras laut (salah satu puncak di Bukit Bohey Dulang). Tidak semua sampai tapi syukur Alhamdulillah Ù„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ akhirnya berjaya juga menjejak kaki ke kawasan ini.

Haaa... disinilah kamera telefon atau kamera dslr korang akan mula beraksi. Pemandangan yang sungguh WOW BERKELAS, CANTIK & INDAH memang berbaloi datang ke sini walaupun terpaksa penat lelah mendaki. Keindahan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Pemandangan yang sungguh cantik dan memukau dimana sebuah lagun besar kebiruan dikelilingi beberapa pulau disekelilingnya pasti akan memukau barangsiapa yang menjejak kaki ke sini.

Ini adalah masa paling sesuai untuk mengambil gambar/video secara selfie atau wefie secara sendirian atau berkumpulan dengan rakan-rakan/ahli keluarga.

Dekat sini korang jangan lupa pula dengan tips yang SM sediakan iaitu jangan lupa untuk bawa bekal air sendiri. Sebab di puncak nanti mana tau haus dan dahaga setelah penat mendaki, di puncak tidak disediakan air atau ada perkhidmatan kedai menjual air minum.



Pulau Seterusnya

Setelah cukup rehat, kira-kira 40 minit setelah itu kami pun mula berkemas untuk turun berangkat pulang menuju ke jeti Pulau Bohey Dulang semula. 

Sebelum berangkat ke pulau seterusnya, kami menjamu selera terlebih dahulu dengan pelbagai jenis makanan tengah hari yang telah disediakan oleh 

So, kita jumpa lagi di entry pulau seterusnya yang akan kami serbu

Komen

Terbaru Lebih lama