Kilau Makanan Tradisi Umpama Shusi


Kepada sesiapa yang biasa makan sushi, mungkin tiada masaalah untuk mencuba sejenis makanan tradisi dan eksotik terdapat di Semporna yang dikenali sebagai Kilau.

Merupakan salah satu makanan yang menjadi pilihan masyarakat Bajau dan Suluk di sekitar Pantai Timur Sabah umumnya.

Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau adalah makanan yang diperbuat daripada ikan yang tidak dimasak kemudian dimakan secara mentah-mentah bersama cuka atau limau purut.

Selalunya ianya disediakan semasa berada di atas perahu dan sampan atau sewaktu berada didalam hutan dimana ingin menyediakan lauk ringkas, cepat dan sedap tanpa perlu memasak.


Rasa Dan Cara Menyediakan

Ikan yang telah selesai disiang dan di bersihkan akan di asingkan dengan sisa tulang ikan tersebut.

Kemudian isi-isi ikan tersebut akan dicampurkan dengan garam dan cecair cuka, lebih baik menggunakan limau purut yang diperah dan sedikit air suam. Larutan tersebutlah yang akan membunuh kuman dan menjadikan isi ikan tersebut menjadi masak.

Selalunya untuk memberi rasa yang lebih lazat, Kilau atau Kinilau ini akan dicampur dengan beberapa bahan lain seperti Mangga, Cili, Lada, Bawang, Halia dan Tomato mengikut secukup rasa.

Rasanya sedikit masam tetapi bercampur manis isi ikan segar yang lembut apabila dikunyah dan tidak berbau hanyir. Bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah ianya dikenali sebagai Hinava.

Komen

Terbaru Lebih lama