Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan.
Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak. Berikut adalah antara kebaikan latok untuk ibu hamil.
Vitamin K
- Rumpai laut merupakan salah satu sumber makanan yang kaya dengan Vitamin K, ianya sangat penting untuk mengoptimumkan pembentukan tulang oleh kalsium.
- Vitamin ini juga sangat perlu untuk ibu yang sedang hamil bagi proses pembentukan sel darah untuk mencegah pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian.
Asid Folat
- Sangat penting bagi ibu yang sedang hamil kerana zat ini diperlukan untuk pembentukan sel-sel saraf janin.
- Pembentukan sel darah merah yang berkualiti akan mencegah keganjilan pada pembentukan saraf.
- Asid Folat juga boleh didapat dalam susu dan ikan salmon, namun jika ibu hamil tidak menyukai kedua-dua jenis makanan tersebut Latok atau Anggur Laut boleh menjadi salah satu pilihan.
Vitamin B12
- Berfungsi untuk menyokong pembentukan dan perkembangan sel saraf janin serta membantu penghasilan sel-sel darah merah.
- Ianya juga mencegah daripada terjadinya Anemia semasa kehamilan. Oleh kerana rumpai laut kaya dengan sumber vitamin B12 secara tidak langsung akan membantu para ibu yang mengalami masaalah Hemoglobin (Hb) rendah.
Yodium
- Kekurangan Yodium selama hamil dapat menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang baru lahir. Oleh itu penting untuk membekalkan nutrien ini semasa si kecil anda masih dalam kandungan.
- rumpai laut boleh menjadi penyelesaian kepada perkara ini. Ini kerana rumpai laut mengandungi sejumlah iodin yang boleh membantu mengekalkan fungsi tiroid ibu hamil, mengawal tenaga untuk aktiviti, fungsi metabolik dan pengeluaran hormon untuk perkembangan dan pertumbuhan janin.
- Anda boleh menggunakan rumpai laut sebagai pembekal utama iodin menggantikan garam, supaya risiko hipertensi semasa hamil dapat dikurangkan.
Rumpai laut mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang jelas tidak akan memudaratkan ibu hamil, baik untuk menyokong kesihatan ibu dan perkembangan janin dalam kandungan.
Jadi, untuk semua para ibu yang sedang atau merancang untuk hamil jangan teragak-agak untuk menambah rumpai laut dalam senarai menu makanan sihat semasa hamil.
Catat Ulasan