Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Perayaan Maulud Pertama Di Semporna


Daerah Semporna merupakan salah satu titik permulaan dan perkembangan agama islam di Sabah. Di sinilah lahirnya ramai para tokoh dan ilmuan agama islam yang banyak berjasa dan membantu dalam menyebarkan ajaran agama islam di Semporna mahupun di Negeri Sabah itu sendiri.

Tidak dinafikan Pulau Omadal tidak terkecuali menerima warisan, ajaran dan pengaruh Para Mubaligh Islam pada waktu itu yang menyebarkan ajaran Agama Islam sehingga ke Kepulauan Sulu yang akhirnya merebak dan berkembang hampir ke keseluruhan tanah dan pulau-pulau di Daerah Semporna. Oleh kerana itu hampir seluruh penduduk di Daerah Semporna telah memeluk dan beragama Islam.


Tidak hairanlah jika segala ibadah dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan dengan ajaran agama islam memang akan disambut di Semporna. Untuk pertama kali Perayaan Sambutan Maulud Nabi secara besar-besaran akhirnya telah sambut di daerah Sabah

Berikut adalah keratan akhbar yang mengandungi kandungan berita tentang "Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W" yang pertama kali disambut secara besar-besaran di Daerah Semporna.

Antara Isi Keratan Akhbar Tersebut


"Semporna Sabah Isnin - Perayaan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi kali pertama telah dirayakan dengan meriah sekali di sini baru-baru ini.

Perayaan tersebut dimulakan pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4,30 petang, mengandungi acara perarakan, pertandingan membaca Al-Quran dan syarahan serta juga jamuan ringan"




"Lebih 3000 orang mengambil bahagian dalam perarakan itu termasuk Anggota Pasukan Askar Melayu Di Raja yang sedang bertugas di sini.

Sebahagian dari 3000 orang kaum muslimin dan muslimat yang sedang mengadakan perarakan Maulud Nabi mengelilingi Bandar Semporna Di Sabah baru-baru ini.

Inilah kali pertama perayaan maulud dilangsungkan secara besar-besaran di sini. Perarakan ini telah berjalan dengan meriah dan pasukan demi pasukan membawa sepanduk-sepanduk yang memuji-muji kebesaran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W"



Komen

Terbaru Lebih lama