Anak jati Semporna, Roihan Ang telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) selepas menjadi penyelam pertama yang berjaya menyelam pada kedalaman 164 meter di perairan Pulau Sipadan.
Pemuda berusia 31 tahun itu melakukan selamannya pada 28 Mei sebelum menerima pengiktirafan tersebut di Pejabat MBR di Kuala Lumpur pada hari Jumaat.
Roihan melakukan selaman di kedalaman 164 meter di Pulau Sipadan, Semporna, Sekali gus berjaya menerima pengiktirafan daripada MBR. Menurut dirinya, dia telah bergiat aktif dalam sukan menyelam sejak berusia 10 tahun pada tahun 2002 dan mula menyimpan impian melakukan selaman di dasar laut pada kedalaman yang agak mencabar.
Beliau telah mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk berada didalam air dengan dibantu oleh 18 kru berserta 8 tangki menyelam pelbagai untuk merealisasikan rekod berkenaan. Selain itu, dia juga sebenarnya telah membuat persediaan sejak dua tahun lalu dan berlatih secara intensif bersama jurulatih Ahmad Gabr iaitu bekas pegawai tentera Mesir yang juga pemegang rekod Guiness World Record 2022 penyelam sedalam 332 meter.

Roihan (tengah) menerima sijil MBR daripada Penolong Pengurus Pemasaran MBR, Jeska Seah (kanan) dengan diiringi oleh Awang Ahmad Zaki (kiri) di pejabat MBR di Kuala Lumpur. |
Rata-rata penduduk di Malaysia mengucapkan tahniah dan turut berbangga terhadap kejayaan tersebut lebih-lebih lagi dari warga tempatan di Daerah Semporna. Pengiktarafan yang diterimanya itu secara tidak langsung dapat membuka ruang dan peluang menjadikan Semporna sebagai hub selaman teknikal selain selaman rekrasi dan makro.
Roihan dalam pada itu turut melahirkan penghargaannya kepada Taman-Taman Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan program berkenaan.
Sementara itu, pengurus program berkenaan, Awang Ahmad Zaki Abu Bakar memaklumkan bahawa pasukan itu akan meneruskan latihan untuk cuba memecah rekod baru 164 meter kepada 200 meter kelak yang di jangka akan dilakukan pada tahun 2024.
- Gambar Ehsan Oleh Roihan Ang
Catat Ulasan