Makanan Tradisi Dan Eksotik Di Semporna

Semporna merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di Malaysia dengan pulau-pulau yang cantik dan juga makanan laut yang segar lagi murah.

Namun apa yang lebih menarik adalah dengan kewujudan makanan tradisi dan eksotik yang terdapat di Semporna, mempunyai kelainan daripada resepi makanan laut yang sedia ada kita ketahui.

Terdapat beberapa jenis makanan eksotik yang jarang kita temui dan hampir semuanya dari sumber marin dan merupakan jenis makanan tradisonal bagi masyarakat suku kaum Bajau dan Suluk di Pantai Timur Sabah khususnya.

Datang ke Semporna tidak cuba makanan ni memang rugi dan jangan risau semuanya HALAL, Disini kami senaraikan beberapa jenis makanan tersebut...
  
Latok

Latok, latoh atau nama saintifiknya Caulerpa lentillifera adalah merupakan sejenis rumpai laut dari spesies Caulerpa.

Dituai segar dari laut dan dimakan secara mentah, selalunya dicampur dengan perahan Limau Kasturi, Lada (Cili Padi), sedikit dan Garam

Kaya dengan pelbagai khasiat seperti Vitamin A, C, Serat Diet dan lain-lain lagi. Rasanya sedikit asin dan akan mengeluarkan sedikit cecair serta rangup apabila dikunyah.


Tehek - Tehek

Tehek-Tehek adalah makanan yang diperolehi dari isi dalam cengkerang sejenis landak laut yang mempunyai duri lebih pendek berbanding Tayum.

Selepas cengkerangnya dipecahkan, isinya boleh dimakan begitu sahaja secara mentah. Cengkerang Tehek-Tehek juga merupakan satu bahan penting dalam membuat Nasi Tehek-Tehek atau juga dikenali sebagai Oko-Oko.


Sagol

Sagol merupakan makanan yang berasaskan isi dan hati ikan. Ikan yang dipilih seharusnya mempunyai hati yang besar dan oleh kerana itu selalunya ianya disediakan dengan menggunakan Ikan Pari, Ikan Buntal atau Ikan Ogos (Parrotfish

Ianya akan disediakan bersama bahan asas lain seperti Kunyit, Serai, Halia, Cili Padi dan Bawang. Selepas ikan selesai diasingkan dengan tulang dan direbus ianya akan dicampur dengan bahan-bahan tersebut sebelum digaul dan mempunyai warna Kekuning-Kuningan.


Lokot

Lokot atau juga dikenali sebagai Mee Dari Laut, kerana akan rupa bentuknya seakan mee. Ramai yang menyangka ianya adalah sejenis rumpai laut namun sebenarnya tidak.

Ianya adalalah sejenis telur dari haiwan yang terdapat di lagun atau kawasan air cetek yang dikenali sebagai Arnab Laut (Dolabella Auricularia).

Rasanya seakan Mee Suhun dan kenyal bila dikunyah, selain boleh dimakan secara mentah ianya turut disedikan dalam masakan goreng ( seperti Mee Goreng ) atau dimasak rebus.


Kilau

Kilau adalah sejenis makanan umpama Shusi dimana ianya disediakan menggunakan bahan utama iaitu ikan yang tidak dimasak dan akan dimakan secara mentah.

Walaupun dimakan secara mentah, ianya selamat dan bersih. Rasanya sedikit masam namun bercampur manis isi ikan yang segar serta lembut apabila dikunyah dan tidak berbau hanyir.

Kilau selalunya akan disediakan bersama beberapa bahan utama seperti, Limau atau Cuka, Tomato, Lada, Bawang Merah dan Mangga yang hiris nipis-nipis

Baca Selanjutnya 👉 Kilau Makanan Tradisi Umpama Shusi

Oko'-Oko'

Tehek-Tehek yang telah siap dimasak bersama nasi dikenali sebagai Oko-Oko. Seakan penyediaan ketupat namun Oko-Oko ini disediakan dengan menggunakan cengkerang sejenis landak laut yang dikenali sebagai Tehe-Tehe (sejenis landak laut yang berduri pendek)

Rasanya yang sedikit manis bercampur masin seperti telur ikan, akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang buat pertama kali mencuba makanan eksotik ini. 


Sedang Dikemaskini 2024

Komen

Terbaru Lebih lama