Latok Makanan Eksotik Dari Rumpai Laut


Latok atau nama saintifiknya Caulerpa Lentillifera adalah sejenis rumpai laut dari spesies Caulerpa. Ianya adalah sejenis makanan tradisi dan eksotik bagi masyarakat Suluk dan Bajau yang tinggal di Sabah.

Selepas dituai segar dari laut, ianya boleh dimakan begitu sahaja secara mentah-mentah. Mengandungi pelbagai khasiat dan kaya dengan Vitamin A, C, Mineral Iodin, Serat Diet dan Nutrien yang berkhasiat.

Penduduk di Okinawa Jepun menggelarnya sebagai Umi-Budō (海ぶどう) Anggur Laut , kerana rupanya seakan bebola kecil mirip telur ikan. Rasanya sedikit asin dan mengeluarkan sedikit cecair dan rangup apabila dikunyah.


Cara Untuk Makan Latok

Selepas dicuci bersih, Latok akan disediakan dan dihidangkan bersama cecahan yang terdiri daripada perahan Limau Kasturi, Lada (Cili Padi) dan sedikit Garam untuk mengimbangi rasanya.

Selalunya Latok akan dimakan bersama nasi, ikan panggang dan lain-lain lauk yang bersesuian. Latok akan dimakan begitu sahaja secara mentah dan tidak perlu dimasak.

Selain Di Semporna Sabah, ianya juga merupakan makanan eksotik yang didambakan oleh masyarakat di sekitar persisir rantau Johor, Singapura, Kepulauan Riau, Jepun, Filipina, Vietnam dan juga Indonesia.

Komen

Terbaru Lebih lama