Gambar Perayaan Pembukaan Jambatan Pegagau 1965 |
Semporna secara geografi adalah merupakan sebuah pulau yang besar. Ianya terpisah dengan wilayah lain di tanah besar Sabah oleh sebuah sungai besar yang dikenali sebagai Sungai Pegagau.
Untuk menghubungkan tanah pulau Semporna dengan wilayah lain di Sabah maka sebuah jambatan telah dibina yang dikenali sebagai Jambatan Pegagau.
Gambar Perasmian Pembukaan Jambatan Pegagau |
Datuk Peter Lo, Ketua Menteri Sabah telah merasmikan pembukaan Jambatan Pegagau di Semporna pada awal tahun 1965 buat pertama kalinya.
Kelihatan gambar memaparkan Pasukan Polis Hutan Sabah berbaris di jambatan baru di Pegagau, dekat Semporna. ( Gambar Muzium Polis )
Gambar Sungai Pegagau Kini |
Selain laluan laut, Jambatan Pegagau merupakan laluan utama yang menghubungkan wilayah lain dan Semporna melalui jalan darat.
Jambatan ini sangatlah penting bagi menggantikan laluan perhubungan sebelumnya dimana penduduk terpaksa menaiki perahu menyeberang sungai pegagau atau terpaksa menaiki feri seperti Kimanis dan Kunak jika ingin ke wilayah lain di Sabah.
Jambatan ini banyak membantu dari segi perkembangan pengangkutan, ekonomi dan keselamatan memandangkan Semporna adalah antara pengeluar balak terbesar di Sabah selain sarang burung dan hasil-hasil laut pada waktu dulu.
Kini jambatan ini adalah satu-satunya laluan di darat yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan untuk menghubungkan para pelancong atau sesiapa saja yang ingin bertandang ke Semporna.
Jadi sesiapa yang datang ke Semporna pasti akan bertemu dengan jambatan ini terlebih dahulu sebelum tiba di Pekan Semporna.
Catat Ulasan