Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Sabah Bakal Menjadi Lokasi Penggambaran Filem Sea Gypsies


Dijangka pada hujung tahun ini sebuah filem antarabangsa "Sea Gypsies" akan melakukan sesi penggambaran di Sabah.

Penerbit filem BWG Vision Tech Sdn Bhd iaitu En. Mohamad Aliff Najmi Abdullah berkata penerbitan filem itu adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Sekurang-kurangnya 50 sehingga 60 peratus penggambaran akan berlangsung di Sabah, dengan lokasi yang dirancang termasuk di Semporna, Tawau, Tuaran dan juga Sandakan. Manakala 40% lagi akan diadakan di China yang dijangka akan menelan kos kira-kira RM 200 juta.

Kunjungan hormat team & penerbit filem ‘Sea Gypsies’, BWG Vision Tech (Malaysia), Mr Eddie Pak bertemu Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Maharuddin

Filem tersebut akan ditayangkan di lebih 10,000 pawagam di China dan pawagam-pawagam yang terdapat di Malaysia. Ianya dijangka akan mendapat sambutan lebih 60 juta penonton selain bakal ditayangkan di beberapa negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Diharap ianya secara tidak langsung akan dapat membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi industri perfileman termasuk pelancongan di negeri ini, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas dirinya mengadakan kunjungan hormat kepada Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Filem ini akan memberikan peluang besar bagi Sabah untuk mempamerkan keindahannya ke serata dunia selain mampu memicu peluang lebih besar di pelbagai sektor.

Komen

Terbaru Lebih lama