Fakta Menarik Tentang Semporna Yang Ramai Tidak Tahu

Apabila sebut tentang Semporna, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran adalah sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Sabah Malaysia. Terkenal dengan pulau-pulau yang indah dan makanan-makanan segar dari laut yang murah.

Ada juga yang mengenali Semporna kerana terdapat banyak resort-resort atas air, ataupun kerana makanan tradisi eksotik seperti Latok, Sagol dan lain-lain lagi.

Namun terdapat beberapa fakta menarik berkait rapat dengan Semporna dimana ramai orang tidak tahu, di sini kami senaraikan beberapa fakta menarik.

Regatta Lepa

Pesta Regatta Lepa adalah sebuah festival perahu tahunan yang disambut secara besa-besaran diadakan setiap tahun pada bulan April yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Adat, Kesenian, dan Kebudayaan suku kaum Bajau di Daerah Semporna.

Secara umumnya perayaan ini akan disambut dan berlangsung selama 3 hari dan terbahagi kepada 2 Acara iaitu Acara Darat dan Acara Laut

Acara darat kebiasaannya melibatkan acara pemilihan ratu lepa, karnival, pementasan budaya, pameran seni dan budaya manakala acara laut pula melibatkan perarakan perahu lepa yang penuh dengan perhiasan menarik.


Lagenda Arung Salamiah

Adalah sebuah kisah 

7 Telaga Di Pulau Bohey Dulang

Terletak di pertengahan bukit dibahagian belakang menghadap ke Pulau Mantabuan, terdapat 7 Telaga Di Pulau Bohey Dulang yang sangat misteri.

Setiap telaga ini mempunyai Warna, Saiz dan Lokasi yang berbeza antara satu dengan yang lain iaitu dimana telaga yang ke 7 adalah paling besar yang mampu memuatkan 8-10 orang dalam satu masa.

Telaga-telaga ini dipercayai berkait rapat dengan kisah mitos sedih Arung Salamiah selain dipercayai lagi oleh penduduk setempat telaga ini adalah tempat mistik dimana para budian selalu singgah untuk mandi disekitar telaga ini.

Dari telaga ini jugalah Bukit Bohey Dulang dan Pulau Bohey telah mendapat akan namanya kerana telaga-telaga ini dipanggil sebagai Bohey Dulang kerana rupa bentuknya seakan tadahan dulang berisi air.

Baca Selanjutnya 👉 Misteri 7 Telaga Di Pulau Bohey Dulang


Pulau Sipadan 

Pengeluar Sarang Burung

Gua Penyu Di Pulau Sipadan

Hanya ada satu di dunia !

Gua Penyu atau Turtle Cave merupakan salah satu tarikan utama di Semporna. Ianya terletak di kawasan dasar laut Pulau Sipadan dan sangat terkenal kerana salah satu guanya dikenali sebagai Makam Penyu ( Turtle Tomb ) kerana terdapat banyak bangkai penyu di dalam ruangannya.

Gua ini pertama kali ditemui pada awal 1980an oleh seorang pengembara lautan yang agak terkenal pada ketika itu iaitu Kapten Jacques Yves Cousteau yang te;ah berkunjung ke Pulau Sipadan bersama beberapa orang krewnya ketika itu yang ingin menghasilkan sebuah filem dokumentari tentang pulau tersebut.

Selain itu gua ini juga dipercayai sebagai sebuah tempat penempatan manusia pada zaman dulu kerana bentuknya unik dan misteri.


Kawasan Perdagangan Penting 

Mutiara Di Pulau Si Amil

Bukit Tengkorak

Kawasan Awal Penyebaran Agama Islam 

Umaral

Tapak Gunung Berapi 

Siapa sangka beberapa kawasan di Semporna sebenarnya pernah wujud tapak gunung berapi aktif yang pernah wujud ribuan tahun lalu.

Bertentangan dengan pandangan bahawa Malaysia bebas dari lingkungan gunung berapi asia pasifik, Sabah sebenarnya pernah berhadapan dengan gejala gunung berapi dan gempa bumi sebelum ini.

Ini dibuktikan dengan kesan batu-batuan volkanik jenis Andesit yang terdapat dibeberapa kawasan di Semporna, namun jangan risau sehingga kini tiada tanda-tanda ianya untuk aktif kembali.

Baca Selanjutnya 👉 Gunung Berapi Di Semporna ?


Rangka Kapal Perang Dunia Ke 2 

49 Pulau

Muzium Pulau Omadal

Terdapat sebuah muzium di Pulau Omadal yang dikenali sebagai Muzium Warisan atau Muzium Nisan Purba Pulau Omadal

Muzium ini telah dibina atas pihak kerajaan bahawa pentinganya untuk menjaga sejarah seni bina dan ukir yang telah wujud sekian lama di Pulau Umaral atau Omadal

Di dalam muzium ini terdapat banyak batu-batu nisan (Sunduk) yang diperbuat daripada pelbagai jenis Kayu, Batuan, dan Kulit Kerang dipamerkan di sini.


Dilawati Kerabat Diraja Johor & Perlis Setiap Tahun

Paling Awal Menerima Sinaran Matahari

Antara Tempat Paling Awal Menerima Sinaran Matahari, 

Sarang Burung


Maaf sedang dikemaskini...

Komen

Terbaru Lebih lama