Pada waktu dulu, terdapat sebuah panggung wayang yang beroperasi di Semporna sebelum ianya musnah dalam suatu kebakaran.
Panggung wayang ini dikenali sebagai Panggung Wayang Laco atau Panggung Wayang C Ah Thiam dan ianya adalah sebuah pawagam yang sangat popular pada waktu dulu kerana merupakan satu-satunya pawagam yang wujud pada ketika itu.
Ianya terletak berhampiran Dewan SRJK ( C ) Nyuk Hwa dan Hotel Sea View. Dari kanan Panggung Wayang LACO diikuti dewan sekolah cina SRJK(C) Nyuk Hwa dan paling kiri adalah bangunan Hotel Sea View.
Semasa eranya, panggung ini selalunya akan penuh dan sesak oleh penonton apabila filem-filem hindustan ditayangkan.
Harga untuk satu tiket cuma 50sen sahaja, antara filem lain yang menggamit kenangan pawagam ini menurut orang lama adalah filem tagalog 'Lito Lapid dan Jeas Lapid' dan filem Bruce Lee.
Apa yang lebih menarik menurut En Halim Bandan salah seorang penduduk dan orang lama di Semporna, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Saloma, Latifah Omar dan pebagai seniman sebenarnya pernah secara langsung membuat persembahan di wayang tersebut.
Selepas terbakar, bekas tapak pangggung ini pernah menjadi tempat para peniaga pasar malam untuk berniaga seperti warung kedai sup, kedai makan dan lain-lain lagi sehinggalah ianya dinaik taraf.
Bangunan baru telah dibina bagi menyediakan lot-lot kedai untuk disewa untuk para peniaga yang berminat pada hari ini. Sehingga kini (2024) Panggung Wayang Laco merupakan panggung wayang terakhir yang pernah wujud di Semporna.
- Kredit Gambar Oleh Mohamed Ismail
Catat Ulasan