Bila sebut semporna mesti mindset pertama korang terfikir adalah tentang sebuah tempat yang terdapat banyak pulau-pulau cantik disana, betul tak ?
Ha… jom semak di bawah senarai tempat-tempat menarik yang terdapat di Semporna kami senarai pendekkan.
Bukit Tengkorak ( Skull Hill )
Destinasi pilihan pertama kitaorang cadangkan adalah semestinya Bukit Tengkorak @ Skull Hill, di sinilah terletaknya dua lokasi menarik dan memang berbaloi untuk korang singgah.
Tapak arkeologi terpenting iaitu penempatan awal penduduk zaman neolitik hasil kajian Universiti Sains Malaysia pada tahun 2009 terletak di sini.
Selain itu, terdapat juga sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Bukit Tengkorak yang dikelolakan oleh Jabatan Muzium Negeri Sabah.
Kawasan ini juga adalah merupakan salah satu tempat terkenal pasangan pengantin membuat “photoshoot wedding”
Mempunyai ketinggian 500m dari paras laut, setelah meniti tangga naik ke atas kita boleh melihat pemandangan hampir keseluruhan sekitar daerah Semporna.
- Baca Selanjutnya 👉
Dragon Inn Floating Resort
Kalau mau merasa tidur di resort atas air yang paling terdekat bolehlah menginap di Dragon Inn Floating Resort, tidak perlu naik bot atau ke pulau.
Di Semporna memang terdapat banyak resort atas air tapi... resort ini yang mempunyai seni bina bertemakan perkampungan bajau laut yang dimodenkan adalah resort paling terawal dan lama wujud di Semporna.
Orang tempatan selalu panggil kawasan ni sebagai "Floting" saja, merupakan sebuah resort atas air yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan. Ada dewan serbaguna, restoran makanan laut segar, kedai kraft dan cenderamata, dan apabila malam pula terdapat pameran pesta lampu.
Pernah tengok “Ikan Keratang” saiz gergasi secara dekat ? Masuk cuma Rm2 untuk seorang, di sini disediakan satu tempat dimana terdapat pelbagai jenis ikan di dalam sangkar yang dipamerkan. Kita akan dapat melihat ikan-ikan tersebut secara dekat cuma bezanya bukan melalui akuarium macam di KLCC tu. Setelah selesai, boleh terus singgah di Pulau Penyu untuk tujuan bergambar.
✅ Baca Selanjutnya 👇
Muzium Tun Sakaran
Di Semporna terdapat 3 jenis muzium yang dikelola oleh Jabatan Muzium Negeri Sabah iaitu Muzium Bukit Tengkorak, Muzium Batu Nisan Pulau Omadal dan Muzium Tun Sakaran.
Satu lagi muzium yang pernah wujud adalah Muzium Galeri Warisan Semporna sebelum ianya telah musnah terbakar pada 4 Disember 2022.
✅ Baca Selanjutnya 👇
Muzium ini terletak di jalan Inabah Kamal, Semporna Sabah, Malaysia. Ia dinamakan sempena nama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-8, Sakaran Dandai. Muzium ini kebanyakannya menampilkan sejarah dan budaya masyarakat Semporna, terutama masyarakat Bajau.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai galeri utama dibahagian bawah sementara tingkat atas pula mempamerkan budaya artifak sejarah masyarakat Semporna. So... yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat alat-alatan sejarah bolehlah ke mari.
✅ Baca Selanjutnya 👇
Kedai Kopi Cham Chuan Kee
Jom jejak kaki pula dengan berkunjung ke salah sebuah restoran legend di Semporna.
Laku keras dengan jualan Jack Beck / roti pound (slicebread) atau dalam bahasa tempatan roti khawin.
Haaa… yang ni korang wajib datang, kedai ni setiap hari sentiasa ramai orang kerana terkenal dengan kuih muih yang sedap. Lokasi superb penduduk tempatan untuk sarapan pagi dan petang.
Apa yang menarik, kedai ini juga memaparkan banyak gambar-gambar sejarah/lama daerah Semporna untuk tatapan pengunjungnya.
Jadi kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Semporna, bolehlah datang ke kedai kopi ini. Sambil makan dan minum boleh menghayati gambar-gambar pra-sejarah Semporna.
Paling menarik bangunan lama dimana kedai kopi ini beroperasi masih lagi tetap terjaga dan sama seperti pertama kali ianya beroperasi pada tahun 1950. Kini kedai ini juga mempunyai cawangan di kawasan lain sekitar kawasan Bangunan Sea View Semporna.
✅ Baca Selanjutnya 👇
Menara & Kubu Peringatan
Terfikir sejenak, di Semporna takkan tiada tempat menarik pra sejarah yang masih wujud ?
Okay kita beralih pula ke salah satu lokasi dimana terdapat sebuah menara pertahanan zaman british terletak dan masih wujud sehingga hari ini.?
Menara ini dulunya dibina sebagai salah satu tempat pertahanan daripada serangan lanun yang datang dari laut.
Namun kini menara ini telah dijadikan sebagai sebuah tugu peringatan bagi peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tahun 1954.
Selain itu berhampiran menara pertahanan ini juga terdapat sebuah tugu peringatan bagi peristiwa serangan pengganas di Semporna pada tahun 2013.
✅ Baca Selanjutnya 👇
Pakalangan Bay
Terowong Street - Pasar Malam Semporna
Borneo Proboscis River Cruise
Taman Tanaman Anggur Semporna, Kampung Kuala Bibang
Tampi-Tampi Resort
Maaf sedang dikemaskini...
Catat Ulasan