Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Regatta Lepa Semporna 2024


Daerah Semporna, sebuah pekan yang terletak di persisiran pantai timur Sabah kini dalam persiapan untuk menjayakan sambutan Regatta Lepa edisi ke 24 pada 22 November sehingga 24 November bagi tahun 2024.

Acara dan warisan budaya tersebut bakal menjadi acara kemuncak dalam kalendar kebudayaan di Sabah. Regatta Lepa tersebut akan disambut sekitar Padang Bandaran Semporna dan Dataran Regatta Lepa.

Acara ini akan menampilkan pelbagai program menarik, termasuk Majlis Perasmian, “Sangom Maglami-lami,” Acara Akhir Sukan Laut, Perarakan Lepa Tradisi dan Lepa Berhias, serta Majlis Malam, Penangguhan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-28 Tahun 2023, dan banyak lagi.


Regatta Lepa pada tahun ini akan mengambil tema "Regatta Lepa : Lambang Perpaduan Masyarakat Madani ( Simbol Perpaduan Masyarakat Madani ) yang menekankan kekuatan keharmonian budaya dalam kalangan pelbagai masyarakat di Sabah.

Regatta Lepa ialah acara tahunan yang diadakan di Semporna untuk meraikan kekayaan adat dan budaya suku kaum Bajau di pantai timur Sabah. 

Acara ini menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara, menjadi satu platform penting untuk mempamerkan keunikan warisan budaya masyarakat.

Objektif utama Regatta Lepa adalah untuk melestarikan tradisi dan warisan budaya Bajau, termasuk memelihara kemahiran pembuatan bot tradisional Lepa-Lepa yang telah diwarisi turun-temurun. 


Selain itu, acara ini turut bertujuan merancakkan ekonomi tempatan melalui pelancongan dan mengukuhkan reputasi Semporna sebagai destinasi budaya yang mempesonakan.

Setakat ini dimaklumkan kira-kira 300 peserta telah mendaftar untuk perlumbaan bot lepa tradisional. Semasa kemuncak acara tersebut juga pihak penganjur akan menyampaikan anugerah berprestij iaitu " Tokoh Regatta Lepa " sebagai mengikhtiraf sumbangan cemerlang kepada masyarakat dan menambah elemen semasa penyampaian hadiah.

Sepanjang perayaan dua hari tersebut, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis jualan dan pameran kraftangan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, seterusnya memperkayakan suasana yang meriah.

Komen

Terbaru Lebih lama