Berikutan dari itu, pihak Taman-Taman Sabah (TTS) telah mengambil langkah untuk menutup sementara kawasan tersebut daripada kunjungan orang ramai sebagai langkah keselamatan.
Objek berkenaan sebenarnya hanyalah disyaki sebagai bom dan belum disahkan sama ada ianya adalah sebuah bahan letupan atau bukan.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol telah mengesahkan memang ada penemuan objek yang menyerupai bom di perairan pulau tersebut.
Walaubagaimanapun ianya masih dalam peringkat disyaki sahaja dan akan menunggu pengesahan daripada Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Para pelancong dinasihatkan untuk beralih ke lokasi snorkeling yang lain, sementara polis menjalankan siasatan dan memastikan kawasan tersebut selamat.
Catat Ulasan