Gunung Berapi Di Semporna ?


Betulkah di Semporna pada waktu dulu pernah ada Gunung Berapi ? bukankah dulu bila kita baca dalam buku teks sekolah tidak pernah wujud gunung berapi di Malaysia. Pelik bukan...

Sebenarnya di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah sehingga hari ini kita masih boleh melihat kesan kewujudan lokasi gunung berapi yang pernah wujud dan aktif.



Contohnya seperti Gunung Maria yang terletak di Tawau Sabah, di Semporna juga pada waktu dulu sebenarnya pernah wujud dan terdapat Gunung Berapi Gergasi yang aktif jutaan tahun yang lalu. 

Namun kali terakhir ianya berlaku sekitar puluhan ribu tahun lalu, bagaimanapun sehingga kini tiada tanda ia akan kembali menjadi aktif.

Bertentangan dengan pandangan bahawa Malaysia bebas dari lingkungan gunung berapi Asia Pasifik, Sabah sebenarnya pernah berhadapan dengan gejala gunung berapi dan gempa bumi sebelum ini. 

Mari kita lihat senarai tapak gunung berapi yang pernah aktif di Semporna.


Gugusan Pulau Dalam Taman Marin Tun Sakaran

Terdapat sebuah bibir gunung berapi gergasi yang sangat besar dan aktif telah meletup kira-kira berjuta tahun yang lalu berada di dalam gugusan pulau yang terdapat di dalam Taman Marin Tun Sakaran. 

Pulau Bohey Dulang merupakan pulau kedua terbesar daripada 8 Gugusan Pulau tersebut yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran selepas Pulau Bodgaya, pulau ini mempunyai spesis batu karang dan ikan yang terbanyak di dunia.




Sebagai contoh Pulau Bohey Dulang, gambar di atas adalah sisa batu volkanik letusan gunung berapi yang boleh ditemui semasa berkunjung ke pulau tersebut. Selalunya pelancong yang datang untuk tujuan aktiviti hiking di Pulau Bohey Dulang akan mengambil kesempatan bergambar di batu ini.

Merupakan satu contoh sebuah pulau terdiri daripada Batuan Andesit, yang merupakan sejenis batuan beku yang terbentuk daripada lava yang telah mengeras.Batuan jenis ini berwarna Kelabu, Kihitaman dan mempunyai tekstur yang kasar.



Gunung berapi pernah wujud dikawasan ini pada 2.5 juta tahun dahulu sebelum meletus dan membentuk bukit-bukit dan pulau-pulau hasil daripada letusan gunung berapi iaitu gigi-gigi pergunungan akibat runtuhan kawah gunung berapi gergasi.

Hasilnya kawah gunung berapi tersebut sehingga hari ini boleh disaksikan telah menjadi sebuah lagun yang cantik yang berkilauan dibawah sinar matahari. Dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan dan Pulau Maiga.



Bukit Tengkorak

Terletak 500m dari paras laut di persisiran pantai Semporna tetapi ramai yang tidak tahu selain merupakan tapak yang penuh dengan kesan prasejarah ianya juga adalah sebuah kawasan kawah gunung berapi yang pernah aktif pada waktu dahulu.

Gambar menunjukkan kawasan kesan kawah gunung berapi yang terdapat di belakang Bukit Tengkorak iaitu kesan bibir gunung berapi berdiameter dua persegi.

Lokasi ini adalah salah satu bekas gunung berapi berusia jutaan tahun dahulu dari zaman Pliosen hingga Kuarternari.



Kajian geologi di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitarnya mendapati bahawa Bukit Tengkorak adalah sebahagian dari bibir kawah gunung berapi yang berdiameter 2 kilometer.

Formasi batuan di Bukit Tengkorak terdiri daripada breksia volkanik jebis andesit dan batuan tersebut dipercayai merupakan sisa letupan gunung berapi yang berlaku semasa ZamanPliosen (5,3 hingga 1.8 juta tahun dahulu)


Pock & Conner

Dua lagi gunung yang jarang diketahui umum iaitu Gunung Pock & Gunung Conner juga adalah 2 gunung berapi yang telah mati terdapat di Daerah Semporna.

Kesemua gunung-gunung berapi tersebut telah mati dan tiada tanda-tanda akan kembali aktif. 

Formasi geologi di Semenanjung Semporna terdiri dari bukit dan gunung terpencil yang merupakan bekas tapak gunung berapi yang tidak aktif lagi dari zaman Pliosen Kuarternari (5.2 juta hingga 1.8 juta tahun dahulu).


Komen

Terbaru Lebih lama