Sagol


Sagol adalah sejenis makanan tradisional yang terdapat di Daerah Semporna Sabah. Ianya merupakan makanan tradisi penduduk tempatan terutama bagi masyarakat Bajau dan Suluk yang berada di Pantai Timur Sabah. Jadi tidak hairanlah jika masyarakat Bajau / Suluk memang telah biasa makan dan mengenali cara-cara untuk membuatnya.

Sagol dalam bahasa Bajau bererti dicampur atau dicampur adukkan. Ianya akan dibuat menggunakan beberapa jenis ikan seperti Ikan Yu, Ikan Buntal, dan Ikan Pari. Ianya juga mempunya banyak nama panggilan lain seperti Siagol, Senagol, Sinagol dan lain-lain lagi.

Menyediakan sagol bukannya mudah, lebih-lebih lagi jika sagol yang dibuat menggunakan ikan buntal. Seperti kita tahu ikan buntal berupaya untuk membesarkan badannya jika merasa terancam untuk menakut-nakutkan pemangsa. Duri-duri tajam berbisa yang terdapat di sekitar badannya akan melindunginya.


Jadi menyediakan sagol menggunakan ikan buntal bukan senang dan perlukan orang yang pandai membuang bisa duri ikan tersebut, begitu juga jika ingin menggunakan ikan pari atau ikan yu. Namun pada hari ini, penyediaan sagol menggunakan ikan yu sudah berkurangan ini adalah disebabkan penangkapan Ikan Yu yang dilarang kerana antara spesis ikan yang diancam kepupusan

Masak sagol ni ada dua jenis, satu Sagol yang dibuat kering dan satu lagi Sagol berkuah/basah. Pada hari ni ramai yang masak sagol akan ditambah cili/lada bagi mendapatkan rasa pedas dan buat rasa sagol bertambah sedappppppp,,,,

Okay,,, kepada sesiapa yang ingin mencuba membuat Sagol. Mari ikuti langkah dan cara-cara yang mudah untuk membuat Sagol di bawah...


 

Bahan-bahan


  • 500 gram Ikan Pari segar ( ikan buntal pun boleh )
  • 5 biji Bawang Merah ( tumbuk )
  • 5 biji Bawang Putih ( tumbuk )
  • 1.5cm Halia ( tumbuk )
  • 1 cawan air rebusan Ikan Pari
  • 2 batang Serai ( diketuk )
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 10 biji Cili Padi
  • Minyak Masak
  • Garam & Ajinamoto



Cara Untuk Membuat Sagol
 
  1. Rebus ikan pari bersama serai sehingga masak. Kemudian toskan airnya dan biarkan sejuk. Selepas pari telah masak, tos dan sejukkan. Air rebusan pari simpan untuk kuah nanti jika ingin berkuah. Setelah sejuk,carik-carikkan pari asingkan dengan isi dengan tulang.

  2. Kemudian,panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan yang bertanda tumbuk ( Bawang ) hingga wangi.

  3. Masukkan serbuk kunyit dan isi ikan pari.

  4. Masukkan air rebusan ikan pari dan biarkan seketika.Kalau mahu kering letak sikit saja,kalau nak berkuah letak banyak sikit tetapi jangan sampai terlebih.

  5. Masukkan cili padi,garam dan sesuai rasa.

  6. dannnnnnnnn siapppppp ... Sagol Pari sedia untuk dihidangkan.



Jangan risau sebab makanan ini adalah halal dan selamat untuk dimakan, pada hari ni pelbagai bangsa selain Bajau dan Suluk juga makan sagol, nama pun makanan sedap.... 

Paling penting untuk membuat Sagol, Ikan Yu, Pari atau Buntal ianya perlu dicelur terlebih dahulu sehingga mudah membersihkan lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis

Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Siap untuk dimakan dengan putu.... Hahahahaha.... 🥰

Terbaru Lebih lama