Kisah Wang Syiling 50 Sen


Inilah kisah lagenda wang syiling 50Sen dari komando Malaysia untuk Sultan Sulu yang ramai tidak tahu!!! 

Pada 7 Mac 2013, gempar seluruh Filipina terutamanya Manila apabila seorang budak menunjukkan wang syiling 50 sen yang baru, milik negara Malaysia. Wang tersebut diberikan kepadanya oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

Kisah ini dikatakan berlaku sewaktu kes di Semporna dan Lahad Datu masih lagi panas dengan kesan pencerobohan bersenjata pengganas sulu yang telah membunuh beberapa anggota pihak keselamatan negara pada waktu tersebut. 


Berikut Kisah Lanjutan Tentang 50 Sen Itu

..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013

Jamalul Kiram mendabik dada mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan dirinya mempunyai lebih kurang 10 000 Tentera dan mampu menawan serta menggegarkan Sabah hanya dalam masa 2 jam. 

Tersentak dengan kenyataan tersebut, selepas beberapa jam seorang anggota GGK bernama 'Sam' bukan nama sebenar telah berjumpa dengan seorang Pegawai Tinggi Polis di lokasi yang dirahsiakan.

Pegawai Tinggi Polis itu berkata, "Hah Komando, apa cerita?.

Soalan tersebut dijawab ringkas oleh Sam dengan berkata, "Dato berikan saya masa 30 minit saja, biar saya bersiap".

Pegawai Tinggi Polis tersebut hanya memberikan cabaran ringkas kepada Sam, dan berkata, "Hah apa tunggu lagi? jalan...".


Tanpa memakai uniform lengkap dengan senjata, berbekalkan dengan hanya sekeping papan dan tiga keping Wang Syiling 50 sen. Beliau telah menuju ke lokasi dimana Kiram berada dengan menggunakan sebuah bot, dan beliau kemudiannya berenang ke kawasan yang selamat di tepian pantai. 

Setiba di pantai, Sam lantas naik kedaratan untuk bersiap sedia. Beliau tidak bersuara, bergerak secara berhati hati dan membuat "Mental Note" mengenai kedudukan beliau berpandukan ingatan sahaja. Sam kemudiannya mencuri pakaian di sebuah rumah sebelum dirinya meneruskan perjalanan menuju ke rumah Kiram. 

Menurut Media Di Filipina

..Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.

Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.

Setelah mengenakan pakaian, dia pun segera menuju terus ke rumah Sultan Sulu dengan lagak seperti orang tempatan (dirinya tidak mempunyai masaalah untuk bertutur kerana ia mahir dengan tagalog dan dialek tausog). 

Setibanya di lokasi, beliau terlebih dahulu membuat pemantauan. Beliau telah menanda dimana kedudukan pengawal, berapa kekuatan, dan mula merangka jalan untuk menyusup masuk. 

Beliau merancang laluan masuk dan kontigensi jika dikesan, laluan melarikan diri, dan juga orang-orang tertentu yang beliau boleh hubungi jika keadaan menjadi tidak terkawal. Sewaktu dirinya berjalan ke rumah tersebut, digambarkan bahawa sekeliling rumah tersebut tidak dikawal dengan rapi dan ramai orang boleh keluar masuk melalui titi-titi kayu yang banyak terdapat di situ.


Setelah sampai dihadapan rumah Sultan Sulu, 'Sam' bukan nama sebenar telah memanggil seorang budak lelaki dan memberikan budak tersebut sekeping Wang Syiling 50 sen untuk diserahkan kepada Sultan Sulu. Sebaliknya duit tersebut telah diserahkan kepada pengawal sultan namun pengawal tersebut yang tidak memahami lalu menyerahkan duit syiling tersebut kepada sultan sulu. 

Dengan sekelip mata, gemparlah Manila dengan kejadian tersebut. Sultan Sulu yang terkejut dengan hal tersebut merasa ketakutan lalu meminta jaminan keselamatan daripada kerajaan Filipina. Kini Sultan Sulu dibawah perlindungan politik negara Filipina. 

Adakah cerita ini betul atau tidak namun budak yang memegang duit syiling tersebut telah ditemuramah oleh ramai wartawan dan menceritakan kisah yang sama berlaku terhadap beberapa media dari Filipina. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama