Perenang Solo Dari Semporna


Estino Taniyu merupakan perenang solo kolam renang "Gabungan Saluran Inggeris 1Malaysia" yang mewakili negara Malaysia dalam renangan merentasi Selat Inggeris bagi kategori tanpa sangkar pada tahun 2012 selepas Lennard Lee pada tahun 2004.

Dia yang berasal dari Kampung Bangau-Bangau Semporna Sabah Malaysia juga adalah merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ). Berjaya menamatkan renangan dalam masa 13 jam 45 minit dan 45 saat sejauh 35 kilometer.
 

Kejayaan ini telah dicatatkan didalam Malaysia Book Of Record ( MBR ) Estino Taniyu yang berumur 24 tahun pada waktu itu telah memulakan renangan dari Pantai Dover United Kingdom pada pukul 8.41 pagi hari jumaat dan tiba di Pantai Sandy, Calaif Perancis pada pukul 10. 20 malam pada hari Jumaat.

Pengalamannya dari kecil sebagai orang Bajau Laut yang memang sinonim membesar bersahabatkan lautan, telah banyak membantu dirinya semasa merentasi lautan yang luas. Lebih-lebih lagi sewaktu malam angin yang kuat, air yang bergelora dan sejuk.

Ekspedisi ini adalah dibawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, beliau merupakan salah satu wira kebanggaan penduduk Daerah Semporna dan Negara Malaysia.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama