Semporna - Regatta Lepa ke-28 akan berlangsung dari 17 hingga 19 November 2023


Daerah Semporna dijangka akan menjadi tuan rumah kepada kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang festival 3 hari itu dilangsungkan pada bulan November nanti.

Regatta Lepa merupakan sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna. Untuk makluman Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalender 'Pesta Air Malaysia' dan menjadi salah satu acara tahunan di Malaysia sejak tahun 2003.

Regatta Lepa adalah salah satu warisan dan tarikan unik di Sabah yang terkenal di seluruh dunia, ianya sangat penting didalam memelihara warisan budaya masyarakat Bajau, mengukuhkan perpaduan, meningkatkan ekonomi tempatan melalui pelancongan, mempromosikan Semporna sebagai destinasi kebudayaan, serta memelihara kemahiran tradisional iaitu seni pembuatan Lepa.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk ketiga-tiga hari tersebut dan antara tarikan utama adalah Sukan Laut, Perarakan Lepa Tradisi dan Lepa Berhias disamping acara Sangom Maglami-lami, Pertandingan Budjang Manis dan Lalla Dorongan, Pertandingan Tagungguh, persembahan warna warni kebudayaan masyarakat Bajau Laut, serta banyak lagi.

Selain itu perarakan tanglung yang bertemakan Lepa oleh para pelajar daripada 10 sekolah disekitar Daerah Semporna, acara sukan seperti pertandingan kayak dan pertandingan tarik tali bot, serta pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan juga turut sama ada.

Semporna telah lama diiktiraf sebagai salah satu tarikan utama dalam sektor pelancongan di Sabah dimana pulau-pulau serta tempat menyelam yang cantik menjadikannya destinasi pelancongan global yang sangat terkenal.

Regatta Lepa ke-28 akan berlangsung dari 17 hingga 19 November 2023 di Dataran Regatta Lepa Semporna dengan tema iaitu ''Regatta Lepa: Lambang Perpaduan Masyarakat Madani''.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama