Tentera Malaysia Digelar "Tentera Dari Neraka"


Baru-baru ini, tular kisah mengenai seorang kanak-kanak dari Palestin yang memanggil tentera Malaysia dengan gelaran 'Tentera Dari Neraka’ ketika ditemubual oleh seorang wartawan di sana.

Ketika itu seorang wartawan Palestin sedang berjalan bersama seorang jurukameranya untuk merakam dan membuat liputan keadaan keliling di situ. Semasa berjalan, wartawan tersebut melihat seorang kanak-kanak yang sedang berdoa, oleh kerana perasaan ingin tahu lalu wartawan tersebut menanyakan kepada kanak-kanak berkenaan apa yang sedang dia doakan itu.

"Saya berdoa supaya Tentera dari Neraka datang menolong kita" ujar kanak-kanak tersebut,

"Siapakah Tentera dari Neraka itu?" tanya wartawan tersebut, 

"Tentera Negara Malaysia" jawab kanak-kanak itu dengan tegas.

Wartawan tersebut terkejut dengar jawapan dari kanak-kanak tersebut dan dia bertanya kembali...

"Bukankah negara Malaysia adalah negara yang baik dan paling disukai oleh rakyat palestin, mengapa memanggil mereka dengan gelaran sebegitu ?"

Kanak-kanak itu mengatakan bahawa dahulu ayahnya pernah menceritakan kepadanya, salah satu tentera paling hebat adalah tentera negara Malaysia oleh kerana suatu ketika dahulu banyak negara yang menggeruni tentera dari Malaysia sehinggakan negara-negara tersebut memanggilnya dengan gelaran... 


TENTERADARINERAKA

Kerana itulah saya berdoa supaya tentera yang mereka panggil 'Tentera Dari Neraka'itu datang menghukum dan menghapuskan penjajah israel dan membebaskan Palestin.


"Tentera dari neraka bagi mereka tapi bagi kami mereka adalah penyelamat" tambah kanak-kanak tersebut.


Kisah ini merupakan kisah benar diceritakan oleh jurukamera yang terselamat dari terkorban yang disebabkan oleh pegeboman, akan tetapi kameranya hancur dan wartawan yang menemubual kanak-kanak tersebut telah terkorban.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Palestin serta semoga ALLAH S.W.T sentiasa melindungi mereka.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama