Ikan Pelik Ditemui Nelayan Di Perairan Semporna


Baru-baru ini heboh terdapat sebuah vedio yang viral yang memaparkan sekumpulan nelayan yang merasa kehairanan kerana secara tidak sengaja menjumpai dan menangkap seekor hidupan laut menurut mereka yang mempunyai rupa sedikit pelik dan aneh.

Vedio tersebut yang berdurasi kira-kira 35 saat telah mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat setempat di Semporna memandangkan spesis ini memang jarang dan mungkin tidak pernah dijumpai di sini.

Menurut nelayan itu selain binatang tersebut yang tidak pernah dilihat sepanjang hidupnya, saiz ikan itu juga sangat besar, mempunyai kulit yang sangat keras dan sekitar mata ikan tersebut terdapat celah lubang yang besar.

Assalamualaikum dan selamat petang pada kamu semua, disini kami menemui binatang apa ini cuba kamu lihat satu mata sahaja besar benda ini. Kami pun tidak dapat memastikan binatang apakah ini, tetapi ada mata dan sayap seperti ikan sebelah sahaja. Tidak boleh dikatkan apa nama benda ini, mempunyai kulit yang sangat kasar tidak sama seperti kulit ikan-ikan lain

Namun sebenarnya ikan tersebut adalah jenis Ikan Sunfish yang berkemungkinan besar telah tersesat ke perairan Semporna. Ikan ini sebenarnya banyak terdapat di sekitar Perairan Jepun dan juga Indonesia.

Baca Selanjutnya Di Sini 👇

Post a Comment

Terbaru Lebih lama