Kepentingan & Fakta Menarik Tentang Ikan Ogos


Pentingnya Ikan Ogos Terhadap Ekosistem Terumbu Karang

Ikan yang dikenali sebagai Ikan Ogos atau Parrotfish ini merupakan spesis penting untuk melindungi ekosistem terumbu karang. 

Ada juga yang mengenali ikan ini sebagai ikan bayan dan ianya banyak hidup dan tinggal di sekitar terumbu karang. Ikan ini memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan dan kesihatan ekosistem terumbu.

Ia akan makan lumut dan rumpai yang tumbuh di sekitar terumbu karang. Tanpa kehadiran ikan ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung dari cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.

Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California mengesahkan bahawa , apabila semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan, karangan laut akan tumbuh dengan lebih cepat.


Fakta Menarik Tentang Ikan Ogos

Melindungi Terumbu Karang
  • Ikan ogos membantu menjaga terumbu karang dengan memakan alga yang dapat merosakkan karang.
  • Ianya menghabiskan 90% waktunya dengan memakan rumpai di permukaan batu karang yang sudah mati

Warna-warni
  • Tubuh ikan ogos berwarna-warni, termasuk biru, hijau, kuning, dan merah jambu.

Gigi Khas
  • Ikan ogos mempunyai gigi unik yang membentuk seperti paruh, berguna untuk mengikis alga dan membentuk pasir karang.

Kokon Mukus Ketika Tidur
  • Pada malam hari, ikan ogos membuat kokon mukus iaitu gelembung lendir untuk melindungi diri dan menyamar bau dari pemangsa.

Najis Menghasilkan Pasir
  • Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir dan mampu menghasilkan kira-kira hampir 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya.

Ikan ogos jantan sering berwarna lebih menyerlah berbanding betina, dan perbezaan ini berkaitan dengan tingkah laku pembiakan dan kehidupan sosial mereka.

Memang betul ramai yang kata ikan ini sedap dimakan, di Semporna ikan ini adalah salah satu jenis ikan yang terkenal dijual dan dihidangkan dengan cara dipanggang atau dibakar. 

Walaubagaimanapun terdapat pihak yang mempertikaikan agar perlu untuk mengambil serius perkara ini dan menyuntik kesedaran kepada nelayan dan para pemancing akan pentingnya ikan spesis ini dalam melindungi ekosistem terumbu dan laut bagi mengelak berlakunya kekurangan jumlah Ikan Ogos di masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama