Shrinkflation - Harga Barang Kekal Tetapi Kuantiti Semakin Sikit


Apa yang dimaksudkan dengan Shrinkflation?

Kata shrinkflation (Pengecutanflasi) terdiri daripada dua gabungan kata, iaitu shrink dalam bahasa inggris bererti penyusutan dan flation yang diambil dari kata inflation yang membawa maksud inflasi.

Shrinkflation dalam istilah ekonomi pula lebih dikenali sebagai grocery shrink ray (sinar penyusut produk), deflasi atau package downsizing (penyusutan kemasan).

Ianya Merupakan salah satu strategi bagi usahawan untuk mengatasi masaalah inflasi iaitu dengan cara mengurangkan jumlah saiz, isi dan ukuran sesuatu produk tetapi mempertahankan harga sebelumnya atau meletakkan harga baru yang lebih mahal untuk mengekalkan keuntungan.

Jika anda menemui sesuatu produk yang saat ini memiliki ukuran lebih kecil berbanding ukuran sebelumnya tetapi dijual dengan harga yang sama atau lebih mahal, ini adalah kerana pihak pemprosesan / pengilangan / pengeluar sedang melakukan shrinkflation.

Contoh seperti Latok pada waktu dulu hanya dijual 50sen setompok, tetapi kini dengan harga 50sen kita masih mampu untuk membeli setompok Latok tapi dalam jumlah yang sedikit sikit berbanding dulu.


Sebab & Faktor

Hal ini terjadi atas beberapa sebab dan faktor, antaranya adalah disebabkan kos untuk menghasilkan sesuatu produk seperti makanan dan minuman telah meningkat naik dan mengganggu margin keuntungan sesebuah syarikat.

Dalam erti kata lain untuk lebih mudah faham, harga sesuatu produk tetap sama namun saiz pembungkusan dikurangkan secara senyap. Pada dasarnya anda membayar harga yang sama untuk saiz bungkusan lebih kecil tetapi kuantiti dan kualitinya telah berkurang.

Untuk makluman ianya bukan saja berlaku terhadap sektor pembungkusan makanan dan minuman sahaja namun ianya juga terjadi didalam sektor-sektor lain seperti pasaran perumahan, perkhidmatan penyediaan makanan dan barang-barang keperluan harian seperti sabun, ubat gigi, syampoo dan lain-lain lagi.

Inflasi tetap berlaku cuma bukan dalam bentuk kenaikan harga namun berlaku dalam bentuk pengurangan kuantiti. Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak jangan sampai membeli sesuatu produk sudahlah bertambah mahal, kuantiti dan kualiti pula sendu dan berkurang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama