Thalassophobia - Ketakutan Yang Berlebihan Terhadap Laut


Kebanyakan orang mungkin gemar untuk bermain atau melakukan sukan air di dalam kolam atau laut biru. Namun, nampaknya tidak semua orang menyukainya.

Ini adalah kerana terdapat segelintir orang yang mengalami gangguan perasaan seperti rasa cemas, kurang selesa, bimbang atau boleh menimbulkan reaksi yang berbeza iaitu fobia apabila berhadapan dengan laut yang dikenali sebagai 'Thalassophobia'.

Pemandangan laut berserta isinya yang indah, menarik dan eksotik akan berubah menjadi mimpi buruk yang mengancam bagi mereka yang mengalami gangguan jenis fobia ini.


Fobia adalah merupakan salah satu jenis gangguan hanya dialami oleh sebahagian orang namun terdapat pelbagai jenis fobia dan salah satunya adalah 'Thalassophobia'. Istilah 'Thalassophobia' sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'Thalassa' yang bererti laut dan 'Phobos' yang bererti ketakutan.

Fobia laut berbeza sedikit daripada 'Aquaphobia'. Kepada orang yang mempunyai 'Aquaphobia' mereka hanya mempunyai kebimbangan dan ketakutan terhadap air. Sementara itu, orang yang mempunyai fobia laut iaitu 'Thalassophobia' mempunyai perasaan takut atau cemas yang sangat melampau terhadap perairan laut dari segi keluasan, kedalaman, kegelapan dan mereka merasakan kawasan tersebut sedikit pun langsung tidak selamat dan sangat berbahaya.

Ketakutan ini boleh bertindak balas secara automatik dan menyebabkan tindakan tidak rasional apabila melihat atau membayangkan lautan, jesteru pengidap 'Thalassophobia' juga mempunyai perasaan akan takut terhadap apa yang terdapat di dalam isi lautan seperti membayangkan terdapatnya raksasa lautan, hantu laut, dan lain-lain hidupan laut yang besar dan menakutkan dikhuatiri boleh mengancam nyawa mereka. 


Apabila pengidap Thalassophobia mempunyai perasaan takut berlebihan ianya boleh mencetuskan rasa kurang senang iaitu cemas lebih-lebih lagi jika berhadapan atau berada di sekitar lautan seperti persisiran pantai, kolam yang luas, di dalam kapal terbang yang sedang terbang melintasi lautan, di atas perahu atau bot malah dengan hanya mendengar perkataan lautan atau melihat gambar dan video juga boleh mencetuskan rasa fobia tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami fobia terhadap laut antaranya genetik dan pengalaman trauma yang pernah berlaku sebelumnya. Jadi tidak hairanlah jika ada individu yang kita kenali tidak suka untuk datang berhampiran dengan kolam, sungai, laut dan seumpanya.

Thalassophobia ini sebenarnya boleh dirawat dengan cara berjumpa ahli psikologi atau pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan nasihat lebih lanjut.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama