Kehidupan Penduduk di Persisiran Laut Semporna - 1968


Mesti ramai yang tengah mencari video-video lama yang berkaitan dengan Daerah Semporna, disini kami kongsikan salah satu video berdurasi kira-kira 4 minit 25 saat yang memaparkan kehidupan penduduk yang tinggal di persisiran laut Semporna sekitar tahun 1968.

Video ini yang diambil menggunakan kamera jenis Besmirched 16mm oleh En. MichaelRogge, memaparkan penduduk tempatan pada waktu dulu yang sempat dirakam yang tinggal diatas perahu dan rumah-rumah yang didirikan di atas air.

Jelas kelihatan juga pada minit 3.10 saat kita akan dapat melihat pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat di Semporna iaitu Bohey Dulang "Pulau Lelaki Tua Yang Sedang Tidur" dengan jelas kelihatan.


Melalui video ini kita dapat melihat banyak Lepa/Sappit pada ketika itu yang membuktikan bahawa khazanah pemeliharaan seni bina pembuatannnya masih lagi utuh terjaga.

Selain itu masjid dan seni bina rumah masyarakat tempatan yang melambangkan masyarakat pada waktu itu beragama islam dan terdapat bendera Johor kelihatan dikibarkan di sambulayang.

Untuk makluman kredit vedio ini diberikan 100% kepada pemilik asal iaitu En. MichaelRogge, tiada pengubahsuaian berlaku terhadap video asal kecuali terdapat sedikit suntingan terhadap muzik latar.

Rakaman video ini adalah salah satu edisi rakaman yang tertua yang sempat direkodkan menunjukkan kehidupan penduduk di Semporna pada satu ketika dulu.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama