Masjid Ar Rahman Semporna Mula Digunakan Semula


Alhamdulillah, Masjid Ar Rahman yang penuh dengan sejarah dan nostalgia ini akhirnya secara rasmi telah dibuka semula untuk kegunaan umum masyarakat beragama islam di Semporna.

Masjid ini sebelumnya telah melalui beberapa kali fasa pembangunan dan baik pulih sehinggalah hari ini. Ianya telah dilakukan secara berperingkat dan kali terakhir masjid ini dibaik pulih adalah sewaktu menukar warna serta kubah masjid yang lama kepada yang baru.

Sumber Gambar Facebook

Pada tahun 2019 sekali lagi masjid ini telah ditutup apabila pihak berwajib telah mengambil keputusan untuk menambah infrastruktur dengan memperluaskan dan membesarkan lagi ruang ibadah bagi menampung jumlah jemaah yang kian meningkat saban tahun.

Namun atas beberapa faktor, projek tersebut yang dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk siap iaitu sehingga tahun 2020 telah terbengkalai dan mengalami sedikit kelewatan dari tarikh yang ditetapkan.
 
Majlis Penyerahan Kunci Masjid Ar Rahman Gambar JKR

Sehinggalah pada 21 Mac 2024 bulan ramadhan - satu majlis ringkas penyerahan kunci masjid Ar Rahman Semporna telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Mohammad Safri - Timbalan Pengarah JKR Sabah, diiringi Tuan Jud Anthony - Jurutera Daerah JKR Semporna.

Yang turut hadir sama dalam sesi penyerahan itu, Pegawai Tadbir Agama, Hj. Mohd Jeffery Hj. Hamad daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Semporna.

Sumber Gambar Facebook

Masjid ini secara rasminya telah dibuka semula untuk kegunaan orang awam setelah hampir 5 tahun penduduk yang tinggal berhampiran masjid tersebut mengalami kesukaran untuk mengerjakan ibadah harian terutama sewaktu mengerjakan solat jumaat dan solat hari raya aidilfitri.

Dapat dilihat rupa bentuk Masjid Ar Rahman yang jauh berbeza dari sebelumnya dimana kini masjid tersebut memiliki sebuah lagi kubah kedua diatas sebuah bangunan tempat ibadah yang baru (dulunya tempat parking kereta) dimana ianya dihubungkan melalui laluan berbumbung dan bangunan dua tingkat yang terletak di tengah-tengah antara kedua kubah utama tersebut (antara tapak masjid lama dan baru) menjadikan keluasan tempat untuk beribadah menjadi sangat luas untuk menampung lebih ramai jemaah.

Sumber Gambar Utusan Borneo

Pada 1 Syawal 1445H bersamaan 10hb April 2024M (Rabu) YB Datuk Mohd Shafie Apdal bersama isteri & YB Datuk Jaujan Sambakong telah menunaikan Solat Sunat Berjemaah Aidil Fitri di Masjid Ar Rahman Semporna yang turut dihadiri kira-kira 5000 muslimin dan muslimat solat berjemaah di masjid yang baru disiapkan itu.

Melalui kenyataan media yang dibuat ketika berada di sana, YB Datuk Mohd Shafie Apdal berharap agar kerajaan negeri tetap akan meneruskan projek pembinaan masjid baharu di daerah ini bagi menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.

Sumber Gambar Facebook

Menurutnya peruntukan untuk pembinaan masjid berkenaan telah pun diluluskan sebanyak Rm30juta ketika dirinya menjawat jawatan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah. 

Dengan pembinaan masjid baru tersebut dijangka mampu menampung 50,000 jemaah dalam satu-satu masa kelak kerana walaupun Masjid Ar rahman telah dibesarkan tetapi masih tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah yang sangat ramai pada hari ini. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama