Pamer 10000 Kad Hari Raya Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20, pusat beli belah The Curve Damansara telah tampil dengan buah tangan istimewa apabila membawa kempen "Kiriman Raya" berkolaborasi dengan Pos Malaysia.

Diinspirasikan daripada Pejabat Pos Bukit Rotan iaitu kemudahan postal tertua di Malaysia, berusia hampir 100 tahun dan masih beroperasi di Kuala Selangor.

Centre Court the Curve telah dihias indah dengan suasana pekan di sekitarnya dilengkapi dengan kaunter perkhidmatan Pos Malaysia, kedai-kedai retro dan bazar Raya yang meriah.

Walaupun agak sedikit terlewat datang (bukan hari pertama) namun Min berkesempatan juga untuk melihat dan merasa sendiri suasana sekitar Center Court the Curve yang telah dihias indah dan meriah tersebut. 

Bagi generasi X seperti Min yang dulunya sempat untuk merasa suasana tatkala apabila Syawal menjelma, dimana orang ramai akan mula berpusu-pusu untuk menghantar atau bertukar kad hari raya. 

Kenangan dan suasana tersebut menjentik hati dan perasaan Min menjadi sebak, terkenang suasana hari raya dulu yang sedikit berbeda dengan hari ini.

Maklumlah, akibat daripada kepesatan teknologi digital membuatkan kad pengganti diri ( Kad Ucapan Aidilfitri ) semakin dilupakan. Realiti tersebut telah banyak merubah nostalgia kad ucapan aidilfitri yang dulunya amat popular dan sinonim terhadap masyarakat kita di Malaysia. 


Apa yang lebih menarik adalah The Curve turut mempamerkan lebih daripada 10,000 kad ucapan Raya di seluruh pusat membeli-belah bagi menarik minat pembeli dan masyarakat dalam meraikan adat yang telah lama dilupakan ini.

Diiktiraf sebagai pameran terbesar seumpamanya di Malaysia, pusat beli-belah itu telah mendapat perhatian dan pengiktirafan secara tidak langsung dianugerahkan gelaran “Paparan Kad Ucapan Raya Paling Luas di Lengkung, Mutiara Damansara” oleh Malaysian Book of Records.

Kad raya penghias ini akan diguna pakai semula untuk aktiviti bengkel seni dan kraftangan iaitu Fiesta Raya dan Festival Kraf Kebangsaan yang diadakan bermula 15 Mac sehingga 7 April 2024.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat membeli-belah The Curve Damansara serta nikmati fasiliti dan aktiviti menarik sepanjang kempen ‘Kiriman Raya’ berlangsung sehingga 14 April 2024.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama