Padah Tidak Membayar Cukai, Siapa Yang Layak Bayar Cukai ?


Setiap tahun, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN.

Bagi yang pertama kali bekerja, atau mereka yang pertama kali menguruskan cukai sendiri, mungkin anda tertanya-tanya adakah anda layak membayar dan mengisytihar cukai.

Apa Itu Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

  • Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan

  • Laba / keuntungan daripada penggajian

  • Dividen, faedah atau diskaun

  • Sewa, royalti atau premium

  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain

  • Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Siapa Yang Perlu Membayar Cukai ?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.


Kategori Cukai Perniagaan

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Perniagaan terdiri daripada :-
  • Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri
    Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan

  • Perkongsian
    Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :-

       • Individu-individu
       • Dua Syarikat
       • Individu & Syarikat
       • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :-
  • Perniagaan Runcit
  • Perniagaan Pasar Malam / Gerai
  • Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
  • Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
  • Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
  • Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
  • Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
  • Pertanian dan Penternakan
  • Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
  • Pemandu Teksi / e-hailing

Kebaikan & Keperluan Isytihar Cukai

Tahukah anda apa kelebihan dan kebaikan jika mengisytiharkan cukai, mesti ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama. Apa sebenarnya manfaat jika hantar borang dan buat bayaran pada LHDN ?

Disini kami senaraikan beberapa 
  • Berpeluang Untuk Mendapat Pinjaman
    Kebanyakkan bank perlukan borang cukai yang diisytiharkan sebagai dokumen sokongan untuk dapatkan pinjaman. Dokumen sokongan tambahan untuk ni antaranya ialah penyata kewangan beraudit.

  • Berpeluang untuk dapat projek dengan kerajaan
    Ada juga Kementerian atau jabatan kerajaan yang minta dokumen sokongan pembayaran atau borang cukai untuk dapatkan tender. Tujuannya ialah untuk pastikan kontraktor yang mereka pilih juga menyokong usaha dan patuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

  • Berpeluang untuk dapatkan geran dan bantuan kerajaan
    Jika membuat audit untuk syarikat mendapat geran dibawah Kementerian. Peluang cerah untuk dapat geran jika syarikat tersebut tidak mempunyai masalah cukai dan lain2 yang berkaitan dengan kerajaan.
Padah Jika Enggan Membayar Cukai

Jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Terbaru dipetik dari berita yang disiarkan oleh Astro Awani Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas tanpa menggira kedudukan dan pangkat termasuk dalam kalangan 'mahakaya' atau syarikat-syarikat gergasi.

Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.

Saranan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN (2024).

Untuk lebih Senarai Kesalahan, Denda dan Penalti boleh rujuk di sini 

Membayar Cukai Adalah Sebuah Tanggungjawab 

Sebagai orang yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan setiap tahun. Walaupun cukai sering dikaitkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ia sebenarnya adalah isu yang perlu diambil berat oleh semua individu yang mendapat pendapatan melebihi had yang telah ditetapkan selama setahun, terutamanya usahawan dan pemilik perniagaan.

Meskipun cukai bukanlah topik yang sering dibincangkan, ia adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membayar cukai dan memastikan bahawa kita memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Anda boleh merujuk laman web LHDN untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai cukai dan pelepasan cukai yang anda layak untuk dapatkan. Jadi, mari kita jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai dengan ikhlas dan memastikan negara kita terus maju dan membangun.


Sudahkah Anda Isytihar Cukai ?

Kepada sesiapa yang menghadapi masaalah berkaitan dengan perakaunan, memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan seperti percukaian, perakaunan,  pengurusan sumber manusia dan pengurusan perniagaan.

Jangan tunggu lama dan berfikir panjang Miss FA 100% dijamin boleh bantu korang, Jom hubungi kami di Miss FA Freelance Accounting Services ðŸ”˜

Mempunyai pengalaman lebih dari 15 Tahun dalam bidang perakaunan, senang berurusan, percuma khidmat nasihat dalam membantu anda menyelesaikan masaalah dan paling penting perkhidmatan ini meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Post a Comment

Terbaru Lebih lama