MAAF WEBLOG INI SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU...

Gambar Lama Sekitar Pekan Semporna

Semporna sebuah pekan pesisir pantai di Sabah yang kaya dengan sejarah dan tradisi, menyimpan banyak kisah tersendiri setiap sudutnya

Gambar-gambar lama sekitar pekan Semporna bukan sekadar rakaman visual , tetapi jendela yang membawa kita kembali mengenang nostalgia di zaman dulu.

Melihat bagaimana kehidupan masyarakat, seni bina klasik, dan keindahan alamnya yang berubah mengikut peredaran masa.

Melihat kembali gambar-gambar lama pekan Semporna adalah seperti membuka lembaran sejarah yang kaya dengan transformasi dan perkembangan.

Kini dengan perubahan yang pesat, pekan ini telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang terkenal, terutama sebagai pintu masuk ke pulau-pulau menyelam yang menakjubkan seperti Sipadan dan Mabul.

Gambar-gambar lama ini bukan sahaja merakam suasana masa lalu tetapi menjadi saksi bisu kepada perjalanan transformasi Semporna. Mengigatkan kita tentang betapa jauhnya pekan ini telah melangkah dari akar tradisinya menuju kemajuan masa kini.

Melalui imbasan nostalgia ini, semoga ia mampu mengajar dan mendidik kita agar dapat menghargai warisan serta perjalanan pembangunan yang telah membentuk daerah Semporna menjadi seperti yang kita kenali hari ini.


Sedikit Kata-Kata Aluan,

Kami di Semporna Mari ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang berbesar dan bermurah hati yang telah berkongsi gambar-gambar lama sekitar pekan Semporna bersama pihak kami.

Sumbangan anda bukan saja memperkayakan arkib album online kami yang tidak seberapa ini tetapi secara tidak langsung akan membantu generasi kini dan akan datang memahami serta menghargai warisan dan evolusi pekan tercinta ini.

Setiap gambar yang dikongsikan adalah jendela masa yang membolehkan kita menelusuri perjalanan dan transformasi Semporna dari dahulu hingga kini. 

Terima Kasih atas sokongan dan kerjasama anda dalam membantu memelihara dan menjaga identiti komuniti masyarakat kita di Semporna. 

Terkadang kita lupa dan alpa, sibuk mempelajari sejarah orang lain tapi tidak sedar bahawa sejarah adat bangsa sendiri secara tidak langsung terkikis dari pengetahuan masyarakat. Walhal tingginya darjat bangsa kita terdahulu sebagai pemerintah, peneroka, pelayar, penyebar, pemberani serta kaya dengan adat serta ilmu dunia dan akhirat.

Di sini kami kongsikan pelbagai gambar lama sekitar pekan semporna untuk tatapan bersama...

⚠️ Untuk makluman semua gambar di sini telah melalui sedikit proses baik pulih dan pengubahsuaian dari segi warna ⚠️

Semporna 1953

Jeti Lama Semporna 1960an

Pekan Semporna 7.7.1950

Sekitar Shell & Bangunan Lama Pekan Semporna

Pekan Semporna 1963

Sekitar Pekan Semporna 1950 

Pejabat Pos Semporna 1970an

Panggung Wayang Laco/SRJK(C)Nyuk Hwa/Hotel Sea View
📷 Mohamed Ismail

Menara Kubu Bersejarah Di Semporna
Menara Kubu Bersejarah Di Semporna ðŸ”—


"North Borneo Annual Report-Kampung Simunul Semporna 1947"
Sejarah Kampung Simunul Mendapat Nama ðŸ”—


"Hospital Semporna 1950"
Sejarah Rumah Sakit Semporna 🔗

Pekan Semporna 80-90an

Masjid Ar Rahman 1937
Sejarah Masjid Ar-Rahman Semporna 🔗

"Semporna 1970an"
📷 

Sekitar Pekan Semporna 1910an

"Balai Polis Lama Semporna"


"Tugu Peringatan Peristiwa Berdarah 1954"
Tugu Peringatan Peristiwa Berdarah 1954 Semporna 🔗






Post a Comment

Terbaru Lebih lama