Masjid Ar-Rahman atau Masjidul Rahman merupakan antara mercu tanda bersejarah yang amat penting di Daerah Semporna. Masjid ini bukan sekadar sebuah tempat ibadah, malah menjadi simbol perkembangan, perpaduan masyarakat dalam pembangunkan institusi Agama Islam di daerah ini.
Salah satu cabaran utama yang dihadapi ialah keluasan tapak pembinaan yang tidak mencukupi kerana Balai Masyarakat Islam turut akan dibina di kawasan yang sama.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah bersetuju memberikan tambahan tanah seluas setengah ekar, sekali gus membolehkan projek pembinaan diteruskan dengan lebih terancang.
Pada 16 Ogos 1966, majlis peletakan batu asas bagi pembinaan masjid baharu telah diadakan sebagai tanda bermulanya projek yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Semporna.
Menjelang pembinaan yang hampir siap pada tahun 1967, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menguruskan segala persiapan Majlis Perasmian Masjid yang bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pada September 1967, jawatankuasa telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi memilih nama yang sesuai untuk masjid baharu tersebut. Setelah melalui pelbagai perbincangan, akhirnya pada 23 September 1967, tiga jawatankuasa utama iaitu Persatuan Islam Cawangan Semporna, Jawatankuasa Pembinaan Masjid dan Jawatankuasa Pembukaan Masjid mencapai kata sepakat menamakan masjid itu sebagai Masjid Ar-Rahman.
Sejarah Masjid Ar-Rahman bermula sekitar tahun 1937 apabila sebuah tempat ibadah pertama bagi masyarakat Islam di Simporna dibina hasil kutipan derma dan sumbangan daripada penduduk tempatan, khususnya masyarakat Kampung Ayer yang dikenali sebagai Surau Kampung Ayer Simporna (Masjidul Rahman)
Walaupun serba sederhana, surau ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk kehidupan beragama masyarakat di Simporna. Namun, selepas hampir tiga dekad digunakan, bangunan tersebut semakin uzur dan tidak lagi mampu menampung pertambahan penduduk Islam yang semakin pesat.
Cadangan Pembinaan Masjid Baru
Pada tahun 1965, Persatuan Islam Cawangan Daerah Semporna mengambil inisiatif mencadangkan pembinaan sebuah masjid baharu bagi menggantikan surau lama yang telah usang. Cadangan ini lahir daripada keperluan menyediakan sebuah masjid yang lebih besar, selesa dan mampu menjadi pusat ibadah serta pembangunan masyarakat Islam.
Selain digunakan untuk menunaikan solat fardu dan pelbagai ibadah lain, masjid baharu ini juga dirancang sebagai pusat dakwah, pendidikan agama, aktiviti ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat.
Sebenarnya, hasrat untuk membina masjid baharu telah lama wujud. Namun, usaha tersebut tidak dapat direalisasikan kerana tiada badan atau organisasi yang tampil menggerakkan projek berkenaan. Keadaan berubah selepas tertubuhnya Persatuan Islam Cawangan Semporna yang kemudiannya menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek bersejarah ini.
Maka sekitar bulan Jun 1965, satu persidangan telah diadakan di bangunan Madrasatul-Salamah bagi membincangkan pelaksanaan pembinaan masjid baharu.
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh OKK Sakaran bin Dandai dan turut dihadiri oleh beberapa tokoh penting termasuk Dato' Abdullah bin Pengiran Uddang, Tuan NC Haji Panglima Jakarullah bin Badaluddin, Tuan NC Penghulu Jaji bin Hajibuddin serta Yang Berhormat Encik Mohd Dara bin Langpad.
Perbincangan utama tertumpu kepada usaha mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai pembinaan masjid. Hasil kerjasama pelbagai pihak, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM160,000, manakala Syarikat Kerjasama Kayu Balak Anak Negeri Daerah Semporna turut bersetuju menyumbang RM80,000.
Dalam persidangan yang sama, para ahli turut bersetuju memperuntukkan RM30,000 daripada jumlah tersebut bagi membina sebuah Balai Masyarakat Islam di tapak surau yang lama.
Penyelesaian Masaalah Tapak
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah bersetuju memberikan tambahan tanah seluas setengah ekar, sekali gus membolehkan projek pembinaan diteruskan dengan lebih terancang.
Pada 16 Ogos 1966, majlis peletakan batu asas bagi pembinaan masjid baharu telah diadakan sebagai tanda bermulanya projek yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Semporna.
Menjelang pembinaan yang hampir siap pada tahun 1967, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menguruskan segala persiapan Majlis Perasmian Masjid yang bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pemilihan Nama Masjid
Nama "Ar-Rahman" dipilih bersempena salah satu daripada Asmaul Husna yang membawa maksud Yang Maha Pemurah, melambangkan sifat kasih sayang dan rahmat Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya.
Pada masa yang sama, pemilihan nama tersebut turut mempunyai nilai sejarah tersendiri kerana ia mengingatkan masyarakat kepada lawatan pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Daerah Semporna. Nama tersebut juga menjadi tanda penghargaan atas kesudian beliau merasmikan masjid baharu itu.
Perasmian Masjid Ar Rahman
Akhirnya, pada 20 Oktober 1967, bersamaan 16 Rejab 1387 Hijrah, Masjid Ar-Rahman telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam satu majlis bersejarah yang menjadi kebanggaan seluruh penduduk Semporna.
Perasmian tersebut bukan sahaja menandakan siapnya sebuah bangunan masjid yang baharu, malah melambangkan kejayaan hasil kerjasama masyarakat, kepimpinan tempatan dan kerajaan dalam membangunkan syiar Islam di pantai timur Sabah.
Sehingga hari ini, Masjid Ar-Rahman terus berdiri megah sebagai salah sebuah masjid bersejarah di Daerah Semporna. Selepas perasmiannya, masjid ini kekal menjadi pusat ibadah, pendidikan, dakwah dan penyatuan masyarakat Islam.
Kontraktor yang membina masjid ini adalah Haji Salihatun, dan binaan masjid ini berkonsepkan Masjid Nabawi di tanah arab yang dicadangkan leh Tun Sakaran. Kerana waktu itu hanya beliau yang pernah ke tanah arab tahu rupa masjid yang cantik terdapat di sana. (Pada masa dulu tiada kemudahan google dan internet untuk dijadikan bahan rujukan). Manakala imam pertama masjid ini adalah Syeikh Abdul Wahab Syeikh Al-Indaw.
- Sumber Portal SISMIM








