Di sebuah kedai kecil di Semporna, seorang lelaki mengeluarkan satu syiling 50 sen dari poket seluarnya. Kusam warnanya, namun kilaunya masih mampu menangkap cahaya senja. “Ini bukan sekadar duit,” katanya. “Ini kisah antara tanah, darah, dan maruah yang tidak ternilai.”
Sebuah Syiling, Seribu Cerita...
Syiling 50 sen Malaysia, bagi sesetengah orang hanyalah duit kecil, nilai minuman di warung atau tambang bas mini. Tetapi bagi penduduk tertentu di daerah Semporna, Sabah, ada yang percaya bahawa syiling itu membawa kisah lebih besar iaitu sebuah kisah tuntutan wilayah, pengorbanan, dan hubungan misterius dengan Kesultanan Sulu.
Desas-desus mula bertiup sekitar tahun 2013, tahun yang juga menyaksikan insiden berdarah di Lahad Datu apabila sekumpulan lelaki bersenjata dari Filipina, yang mendakwa sebagai ‘tentera diraja’ Sultan Sulu, menceroboh Sabah atas tuntutan yang tidak berasas.
Ketika itu juga, muncul sebuah cerita dari mulut ke mulut iaitu tentang seorang komando dan duit 50 sen yang akhirnya membuat para tentera sulu ketakutan setelah kejadian tersebut berlaku.
Manila, 7 Mac 2013 - Kota metropolitan yang jarang tidur itu tiba-tiba menjadi bualan dunia. Seorang kanak-kanak kecil di Maharlika Village, kawasan penempatan di Filipina telah mengangkat tangannya tinggi-tinggi sambil menunjukkan sesuatu yang membuat semua orang terpinga.
Sekeping wang syiling 50 sen Malaysia, berkilat dan jelas baru dicetak. “Lelaki dalam kereta hitam yang beri,” katanya ringkas. Tapi semua orang kebingungan tidak faham apa sebenarnya yang telah terjadi.
Beberapa hari sebelum itu, Jamalul Kiram III, individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, membuat satu kenyataan yang menggegarkan Malaysia. “Kami ada 10,000 tentera. Sabah boleh kami gegarkan dalam masa dua jam saja,” katanya dengan penuh yakin.
Kenyataan itu disiarkan meluas, riak wajahnya memeparkan seolah-olah dirinya penuh yakin akan menawan tanah yang katanya “dipinjamkan”, bukan diserahkan. Namun, jauh di seberang Laut Sulu, para pahlawan negara tidak goyah sedikit pun.
Gambar Sekadar Hiasan
Di satu lokasi rahsia di Sabah, seorang Pegawai Tinggi Polis sedang menunggu. Ketika seorang lelaki berjaket hitam melangkah masuk, beliau bertanya ringkas,
“Hah Komando, apa cerita?”
Lelaki itu, seorang anggota GGK (Grup Gerak Khas) yang hanya dikenali sebagai Sam, menjawab tanpa ragu,
“Dato’, beri saya 30 minit. Biar saya bersiap.”
Tanpa Senjata, tanpa uniform, tiada kelengkapan berat, tiada pasukan sokongan dan yang hanya ada seorang perwira bersama sebuah bot, sehelai papan, tiga keping syiling 50 sen Malaysia dan sebuah misi untuk kedaulatan negara yang tercinta.
Tanpa menunggu lagi, beliau telah berangkat menyelinap masuk ke Filipina, merentasi laut gelap dengan hanya arah dalam kepala dan semangat dalam dada. Sampai di pantai, dia berenang dalam diam dan mula merancang dengan kecekapan seorang askar elit yang telah dilatih untuk bertindak tanpa dikesan.
Kemudian dirinya telah mencuri pakaian dari sebuah rumah dan berlagak seperti penduduk tempatan. Dengan kefasihan bahasa Tagalog dan dialek Sulu, dia menyusup masuk ke tengah komuniti Maharlika tanpa menarik perhatian.
Kemudian dia berjalan sehinggalah dirinya tiba di kawasan rumah Jamalul Kiram, Sam tidak terus bertindak. Dia memerhati, mengira jumlah pengawal. Menandakan laluan masuk dan keluar, mencari wajah-wajah yang boleh dijadikan aset atau bahaya. Setiap perincian dicatat dalam fikiran, satu-satu seperti lakaran peta hidup.
Dia tahu, sekali masuk dia mesti tahu bagaimana untuk mahu keluar. Misi ini bukan untuk membunuh, tetapi untuk menghantar sebuah mesej. Bukan dengan kata-kata, tetapi dengan simbol, ringkas, padat tapi membawa sebuah makna iaitu GERUN.
Pada waktu yang telah ditentukan, Sam melangkah menuju ke rumah Kiram. Menurutnya kawalan agak longgar ketika itu. Orang keluar masuk seperti biasa. Dia berpura-pura datang sebagai kenalan jauh mengakibatkan dirinya dapat memasuki rumah tanpa halangan.
Di satu sudut yang sunyi, dia mendekati seorang kanak-kanak lelaki yang menurutnya adalah anak jiran Kiram. Dari sakunya, dia mengeluarkan syiling 50 sen Malaysia dan menyerahkannya kepada budak itu.
“Ini hadiah dari Malaysia, talong beri kepada Sultan Sulu” katanya ringkas, sebelum menghilang dalam gelap malam.
Sebaliknya duit tersebut telah diserahkan kepada pengawal Sultan Sulu ketika sedang berkawal. Pengawal tersebut yang tidak memahami, lalu menyerahkan syiling 50 sen tersebut kepada Sultan Sulu.
Maka dalam sekelip mata gempar seluruh kawasan dengan kejadian tersebut, wartawan yang tahu akan cerita tersebut cuba untuk menjejaki budak tersebut dan bertanya beberapa soalan, namun dalam banyak-banyak jawapan yang diberi budak tersebut berkata antara pesan yang disampaikan oleh lelaki misteri tersebut adalah...
Kami tahu di mana kamu berada. Kami boleh datang bila-bila masa. Malaysia tidak gentar...
sambil budak tersebut mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memperlihatkan duit syiling yang diterimanya.
Akhir dari misi, Sam bukan nama sebenar akhirnya pulang seperti mana dia datang, tanpa disambut, tanpa disebut. Tiada pingat, tiada siaran langsung. Hanya sebuah senyuman kecil daripada pegawai yang menanti di pangkalan rahsia.
“Apa jadi?” tanya pegawai itu.
Sam hanya mengangkat tiga jarinya dan tersenyum. Tiga syiling 50 sen. Tiga tanda amaran. Tiga salam dari tanah yang tidak pernah tunduk.
Gambar Sekadar Hiasan SAM
Hari ini, syiling 50 sen itu mungkin sudah hilang dari tangan budak kecil itu. Mungkin dijual, mungkin disimpan. Tapi nilainya jauh lebih tinggi dari yang tertera. Ia bukan sekadar duit logam.
Ia adalah simbol kecekapan pasukan khas kita. Simbol keberanian tanpa nama dan simbol bahawa kedaulatan Malaysia bukan untuk diganggu walau oleh 10,000 tentera sekalipun.
Simboliknya bukan nilai 50 sen tu. Simboliknya betapa hebatnya tentera kita mampu membuat risikan.
..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013
Sultan sulu akhirnya terpaksa meminta jaminan keselamatan dari kerajaan Filipina...
Lelaki itu bangun dan tersenyum, kami semua terpegun dan kagum dengan cerita 50 sen yang mampu membawa mesej di luar akal fikiran itu, dia lelaki itu mula berjalan, minumannya masih ada tetapi dia tetap meninggalkan kedai ini berlalu pergi namun dalam masa yang sama kami semua tertanda tanya, adakah lelaki itu sebenarnya SAM ? namun yang pasti sejak hari itu cerita ini mula tersebar meluas...




