Semporna Mari - Tentang Kami


Semporna adalah nama sebuah daerah di Pantai Timur Sabah yang terkenal dengan keindahan pulau dan lautnya.

"Mari" adalah sebuah perkataan seruan atau ajakan yang membawa maksud "Datanglah" atau "Sini". 

Oleh itu secara literal Semporna Mari membawa maksud "Datanglah ke Semporna", "Jom ke Semporna" atau "Sini ke Semporna". Aktif sejak tahun 2011 sehingga kini dalam bidang Seni Fotografi, Penulisan Blog dan Aktiviti Pelancongan.

Logo Asal Semporna Mari

Sebuah konten digital yang memaparkan pelbagai info menarik berkaitan Daerah Semporna seperti Budaya, Sejarah, Berita, Kisah Rakyat, Makanan Tradisi dan Pelancongan di dalam pelbagai jenis platform media masa seperti Facebook, Instagram, TikTok & Youtube.

Kami juga berkongsi pelbagai pengalaman dan kisah menarik, termasuk perjalanan ke destinasi di luar Daerah Semporna, pengalaman semasa berada di sesuatu lokasi, ulasan makanan, ulasan tempat-tempat menarik, serta pelbagai perkongsian lain yang bermanfaat untuk semua para pembaca tanpa mengira peringkat umur dan lapisan masyarakat,

Semoga bermanfaat …