Kerana "Pelangi Senja" Kami Datang...

Siapa pernah tengok lagu Pelangi Senja? lagu tersebut adalah hasil seni dari nyanyian penyanyi popular Malaysia iaitu Stacy Anam, ia merupakan antara karya balada yang paling dikenang dalam perjalanan seninya.

Menariknya, lagu ini bukan sahaja meninggalkan kesan melalui melodi dan lirik yang menyentuh perasaan, malah muzik videonya turut dikaitkan dengan keindahan alam semula jadi di Semporna, Sabah.

Bila saja min tahu yang lokasi penggambaran untuk muzik video lagu Stacy Pelangi Senja ni dibuat di Semporna, apa lagi tidak sabar mau tengok dengan mata kepala sendiri, tapi itu lah masa min tulis entry ni min dan rakan-rakan dapat ke lokasi berkenaan selepas dua tahun... lamakan ? sebab masa Stacy buat penggambaran untuk lagu ni Min merantau masa tu sambung belajar...

Muzik video tersebut telah diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, dimana hasil kerjanya ini juga turut mendapat pengikhtirafan apabila video muzik tersebut dicalonkan dalam kategori video muzik terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19.


Dalam muzik video tersebut juga, kita turut dapat melihat kemunculan model lelaki kacak dan gagah iaitu Bane Mero, yang dikenali sebagai lagenda juara Muay Thai Malaysia. 

Kami bertolak dari jeti umum di Pekan Semporna pada sekitar pukul 8 pagi dan tiba di Jeti Balimbang Pulau Bum-Bum selepas 15-18 minit masa perjalanan. Kemudian kami singgah sebentar membeli bekalan berupa makanan dan air mineral yang terdapat dijual di sekitar gerai-gerai yang terdapat di terminal awam jeti Balimbang.

Setelah itu, rombongan kami yang terdiri daripada 8 orang kesemuanya termasuk min sekali menaiki sebuah bas yang kami catur untuk menuju ke lokasi yang kami tujui (dalam bahasa tempatan catur bas atau kereta beerti kita sewa kenderaan tersebut untuk bergerak walaupun penumpang mereka belum penuh = sehala sahaja)

Percaya atau tidak, perkara pertama yang akan terlintas difikiran kamurang bila sampai di terminal awam Jeti Balimbang ialah, macam mana semua kereta dan bus dibawa masuk ke pulau ini sedangkan tiada jambatan yang menghubungkan antara pulau bum-bum dan tanah besar Semporna, feri pun tiada ?

Tapi itulah kreatifnya penduduk yang tinggal sekitar pulau ini, selain lambakan motor min pun tidak jangka bahawa pelbagai jenis kenderaan seperti kereta,van dan bus juga ada disini, tidak seperti pulau-pulau lain di Semporna........



Setelah 25-30 minit perjalanan menaiki van akhirnya kami pun tiba di lokasi yang dituju. Dari jauh kami sudah dapat melihat Pulau Lelaki Tua Tidur dengan pasir putih dan air laut yang jernih.

Sebenarnya lokasi ni ndak lah juga jauh rasanya walaupun terpaksa ambil masa 25-30 minit baru sampai. Tapi oleh kerana ini adalah kawasan kampung, jalan raya pun sempit dan ada jalan rosak berlubang, kadang ada pula jalan yang tidak berturap jadi tidak hairanlah ia mengambil masa sedikit
Terbaru Lebih lama