Pokok-pokok besar yang masih berdiri di pekan Semporna bukan sekadar elemen landskap semula jadi, tetapi merupakan warisan sejarah yang mencerminkan identiti dan perjalanan awal komuniti tempatan.
Kisah di sebalik pokok-pokok ini menghubungkan kita kepada zaman awal penempatan yang dikenali sebagai Tong Talun, yang bermaksud "hujung hutan" dalam bahasa Bajau. Nama ini menggambarkan keadaan Semporna pada masa itu yang dikelilingi hutan belantara tebal.
Kemudian, kawasan ini menjadi persinggahan penting bagi para pedagang dan pelayar. Pokok-pokok besar yang tumbuh di sekitar pekan menjadi tempat berteduh dan berehat, lalu kawasan ini dikenali sebagai Simporna, yang membawa maksud "tempat untuk berehat"
Antara pokok yang paling bersejarah ialah sebatang pokok mangga yang ditanam oleh Imam Jayari, salah seorang ulama terawal di Semporna.
Pokok tersebut ditanam sebagai penanda arah kiblat untuk Masjid Ar-Rahman dan umat Islam di Semporna pada masa itu, sebelum adanya kemudahan moden seperti kompas.
Pokok ini kini terletak di kawasan rumah YB Tun Sakaran Dandai di Kampung Ayer dan dipercayai berusia lebih 100 tahun.
Diceritakan juga, sebelum ini pokok-pokok tersebut sebenarnya terletak di tepi laut (sebelum pesisir laut Semporna ditambak) sebelum islam tiba di Tong Talun, para penduduk selalu melakukan upacara sembah di pokok-pokok berkenaan dan dipercayai ada semangat/penunggu.
Ada juga beberapa pokok sebenarnya telah pernah ditebang kerana usia dan kondisi pokok yang telah mula uzur dan boleh membahayakan kenderaan atau sesiapa yang lalu dibawahnya.
Pokok-pokok ini juga adalah bukti bahawa Tong Talun pada waktu dulu diawal pembukaannya memang sebuah kawasan yang dilutupi hutan tebal terdiri daripada pokok-pokok besar berusia ratusan mahupun ribuan tahun.
Pokok-pokok ini juga adalah bukti bahawa Tong Talun pada waktu dulu diawal pembukaannya memang sebuah kawasan yang dilutupi hutan tebal terdiri daripada pokok-pokok besar berusia ratusan mahupun ribuan tahun.
Terdapat beberapa pokok besar lain yang masih wujud di lokasi strategik seperti Jalan Kastam berhampiran Hotel Dragon Inn, simpang ke SK Pekan Semporna, pokok besar bersebelahan tandas awan berhadapan bangunan Pejabat Daerah dan sekitar kawasan padang Pekan Semporna.
Oleh itu secara ringkasnya pokok-pokok besar yang masih berdiri megah di pekan Semporna bukanlah hanya sebagai pokok biasa yang dibiarkan berdiri di tengah Pekan Semporna yang sibuk dan sarat membangun.
Namun pokok-pokok besar tersebut adalah saksi bisu peninggalan sejarah yang masih hidup sehingga hari menyaksikan titik mula pembukaan Pekan Semporna yang kita sayangi.
✅Baca Selanjutnya 👇


