David Fielding dilahirkan di Hong Kong pada tahun 1936 dan berpindah ke England pada tahun 1940. Beliau berkhidmat sebagai Leftenan dalam Rejimen Diraja Hampshire semasa Darurat Malaya dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, lulus pada tahun 1959.
Pada tahun 1960, beliau ditempatkan di Borneo Utara dan berkhidmat di Tambunan dan Keningau sebelum menjadi Pegawai Daerah Semporna pada penghujung tahun 1961.
Beliau kembali ke England pada tahun 1964.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai seorang pentadbir yang berwibawa dan dihormati.
Bersama isterinya, beliau telah menulis buku bertajuk Letters & Legends from North Borneo Sabah, yang memuatkan antaranya adalah gambar-gambar lama Daerah Semporna dan memberikan pandangan mendalam tentang kehidupan masyarakat tempatan semasa era kolonial Borneo Utara.
Dengan 444 halaman penuh foto dan peta warisan tempatan, buku ini menjadi bahan rujukan penting untuk institusi seperti Muzium Sabah, perpustakaan universiti, dan pusat kebudayaan setempat.
Memaparkan pelbagai dokumen sejarah serta peta dari era British North Borneo, termasuk yang berkaitan dengan daerah Semporna yang dahulunya dikenali sebagai Tong Talun.
Beliau dan isterinya telah dinobatkan sebagai Tokoh Regatta Lepa 2015 kerana hasil sumbangannya yang besar terhadap banyak aspek yang berkaitan dengan kehidupan dan pembangunan masyarakat di Semporna.
🔖 Baca Selanjutnya