MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Semporna Bakal Miliki Resort Jenama Antarabangsa Menjelang Tahun 2026


Semporna, sebuah destinasi pelancongan terkenal di pantai timur Sabah, bakal menyaksikan kehadiran resort berjenama antarabangsa pertama menjelang tahun 2026. 

Wyndham Hotels & Resorts, syarikat francais hotel terbesar di dunia dengan kira-kira 9,200 hotel di lebih daripada 95 negara, mengumumkan pemeteraian perjanjian untuk membina Wyndham Semporna Resort dengan kerjasama Goldstone Holdings yang akan menjadi mercu tanda baharu dalam industri pelancongan Sabah.

Projek ini menawarkan peluang pelaburan menarik dengan jaminan pulangan sewa sehingga 6% selama 10 tahun. Vila-vila berukuran antara 500 hingga 620 kaki persegi ditawarkan pada harga antara RM600,000 hingga RM744,000. 


Lokasi Semporna yang strategik, sebagai pintu masuk ke Sipadan, destinasi menyelam terkenal dunia, menambah daya tarikan pelaburan ini.

Terletak di pantai timur Sabah yang indah, Wyndham Semporna Resort yang terdiri daripada 188 vila terapung mewah dengan akses langsung ke laut akan mempamerkan yang terbaik dari keindahan dan hospitaliti Asia Tenggara. 

Semporna, yang terkenal dengan air laut yang jernih, kehidupan laut yang kaya, budaya yang berwarna-warni, dan pemandangan yang menakjubkan.


Tetamu boleh menikmati aktiviti seperti snorkeling, menyelam, melawat pulau-pulau, dan merasai masakan tempatan yang lazat. Setiap vila tetamu akan dilengkapi dengan kemudahan moden termasuk tab mandi, bilik mandi besar, dan balkoni untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan. 

Menurut Dato Seri Panglima Dr Tang Yong Chew JP, Pengerusi Eksekutif Goldstone Holdings, resort ini juga akan menawarkan kolam infiniti, pelbagai pilihan tempat makan, termasuk restoran tepi pantai dan gimnasium yang canggih. 

Semuanya direka dengan teliti untuk memastikan tetamu mempunyai penginapan yang selesa dan tidak dapat dilupakan.


Kelak Wyndham Semporna Resort bukan sahaja akan memperkaya industri pelancongan Sabah tetapi juga membuka peluang pelaburan yang menguntungkan.

Dengan pembukaan Wyndham Semporna Resort, Semporna dijangka menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia, setanding dengan Maldives. 

Projek ini juga dijangka menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, meningkatkan ekonomi tempatan, dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti.

Projek ini telah mendapat pengiktirafan dan memenangi Anugerah Kecemerlangan Pelancongan Luxury Resort Masterplan di Anugerah Kecemerlangan SHAREDA 2024.

✅ Boleh lawati laman web rasmi WYNDHAM Semporna: Overwater Premium Villas
Terbaru Lebih lama