SJK (C) Nyuk Hwa Sekolah Cina Pertama di Semporna


SJK (C) Nyuk Hwa Semporna atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nyuk Hwa ditubuhkan pada tahun 1935 dengan nama SJK (C) Hua Chiao yang diasaskan oleh tujuh orang iaitu Ang Soon Hong, Gan Kim Gat, Sim Zan Seng, Lian Long Xing, Lim Bao Bei, Lim Boon Kiam dan Lian Choon Mao. 

Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 20 orang murid sahaja. Pada tahun 1940, Perang Dunia Kedua tercetus, sekolah ini dipaksa berhenti selama 5 tahun. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945. 

Selepas itu, nama sekolah Hua Chiao diubahkan kepada SJK (C) Nyuk Hwa sehingga kini disebabkan kerana nama sekolah Hua Chiao bercanggah dengan nama dalam akta pendidikan dan pentadbiran.


Menjelang penghujung abad ke-20, perkembangan pesat Pekan Semporna telah menyebabkan lokasi asal sekolah yang berada di kawasan bandar menjadi semakin kurang sesuai untuk tujuan pembelajaran.

Pada tahun 1998, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah mengambil keputusan untuk memindahkan sekolah ke sebuah tapak baharu yang lebih luas dan kondusif. Sekolah ini kemudiannya berpindah ke kawasan seluas 4 ekar, kira-kira 500 meter dari pekan Semporna, yang kini menjadi lokasi rasminya.

SJK (C) Nyuk Hwa Semporna adalah satu-satunya sekolah jenis kebangsaan Cina di pekan ini. Sekolah ini telah banyak menyumbang jasanya dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik anak-anak di Semporna khususnya.



Selain itu atas kesedaran pihak Persatuan Perniagaan Tiong Hua dan Lembaga Sekolah SJK (C) Nyuk Hwa tentang keperluan sekolah untuk mengikuti aliran perkembangan masyarakat yang semakin maju, satu jawatankuasa membina sebuah dewan moden atas kepimpinan Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah JP telah ditubuhkan pada Tahun 2012. 

Dewan yang besar dan moden ini mempunyai kemudahan yang dapat membantu dalam pembangunan kokurikulum murid-murid.

Sejak penubuhannya, sekolah ini telah memainkan peranan penting dalam melahirkan ribuan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang serta memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan negara
Terbaru Lebih lama