Lagu rasmi Regatta Lepa Semporna dikenali sebagai "Regatta Lepa Semporna" atau ringkasnya "Regatta Lepa".
Ia adalah lagu tema rasmi yang dimainkan semasa sambutan Regatta Lepa, iaitu sebuah perayaan kebudayaan terbesar masyarakat Bajau Semporna.
Lirik lagu ini disediakan oleh Abd Garang Awang dan ianya dituturkan dalam bahasa Bajau Semporna, manakala pencipta lagu pula adalah hasil PETRAS/Jasni Yakub.
Lagu rasmi "Regatta Lepa Semporna" biasanya dipersembahkan pada
acara-acara utama sambutan Regatta Lepa, terutamanya Majlis Perasmian Regatta Lepa iaitu sebagai lagu tema yang mengalu-alukan tetamu dan memeriahkan pembukaan
festival.
Menariknya, dalam buku program rasmi Regatta Lepa 2022, terdapat catatan
khusus "Persembahan Koir Regatta Lepa Semporna" semasa acara kemuncak
Regatta, menunjukkan lagu ini memang dianggap sebagai lagu tema rasmi yang
wajib dipersembahkan pada sambutan tersebut.
Bagi masyarakat Semporna, apabila lagu ini dimainkan, ia biasanya
menandakan bermulanya acara rasmi atau kemuncak sambutan Regatta Lepa, sama
seperti lagu tema bagi sesuatu festival besar.
Berikut adalah lirik lagu "Regatta Lepa" dalam bahasa Bajau bersama
terjemahan Bahasa Malaysia yang biasa dinyanyikan semasa festival Regatta
Lepa di Semporna...
Alami Isab Regatta Lepa
-Begitu meriah Regatta Lepa
Malahat Ta Malahat Sampulna
-Di daerah kita bernama Semporna
Hinang Tahunan Ba Ahea
-Acara besar setiap tahun
Panipunan Ba'anan Lepa
-Berkumpulnya berbagai lepa
Aheka Ru Sab Ginisan Lepa
-Lepa dipamer pelbagai jenis
Buli Pinasil Maka Biasa
-'Penasil' (perahu tradisi) buatan tradisional
Sappit Itu Sab Ba Ahea
-Lepa yang besar dinamakan 'Sappit' (lepa besar)
Aheka Va Taru'ana
-Muatannya berkapasiti besar
**Korus**
Tipas-tipas panon panji ahea
-Bendera kecil (tapis‑tapis) dan panji dikibar
Sambulayang maka Salingguruh
-Sambilayang (layar berwarna) dan salingguruh dipamer
Saluvang Sangkil Ninna’ Ma'pangah
-Bersama tombak ikan – simbol lengkapkan lepa .
Ia Na Pakakas Lepa
-Inilah alat kelengkapan lepa
Suli Ta Sab Ba Nionan Lepa
-Inilah kisah tentang lepa
Iti Bayanan Saga Mattoa
-Peninggalan warisan nenek moyang
Suvaiva Ni Kallogan He'Ta
-Mari kita sayangi warisan ini
Manjari Pusaka Bangsa
-Sebagai pusaka bangsa kita
(Ulang Korus)
Makna Lirik Lagu
Secara umum, makna lirik lagu ini boleh dihuraikan begini...
- Menyebut Regatta Lepa Semporna sebagai ritual tahunan masyarakat Bajau, penuh warna-warni (panji, sambulayang).
- “Pakakas Lepa” merujuk kepada kelengkapan perahu tradisional.
- Frasa seperti “Manjari Pusaka Bangsa” membawa erti bahawa warisan budaya (lepa) harus dijaga dan dihargai generasi akan datang.
- Mengangkat tradisi Bajau - Lepa digambarkan sebagai simbol kebanggaan, keindahan seni ukiran, dan warisan turun-temurun masyarakat Bajau.
- Lagu ini menekankan identiti budaya melalui perahu tradisional yang dihias indah dengan sambulayang (layar berwarna-warni).
- Keharmonian hidup di laut - Liriknya menyatakan kehidupan masyarakat yang sangat rapat dengan laut, menjadikan lautan sebagai rumah, sumber rezeki, dan tempat bermasyarakat.
- Semangat pesta dan persaudaraan - Lagu ini juga menggambarkan suasana gembira pesta Regatta Lepa, di mana masyarakat berkumpul untuk meraikan budaya, menari, menyanyi, dan berkomuniti.
- Simbol kebanggaan daerah - Lepa bukan sekadar perahu, tetapi lambang kemegahan dan daya tarikan pelancongan Semporna. Lagu ini secara tidak langsung mempromosikan keindahan Semporna kepada dunia luar.
Lirik & Lagu (Muzik)
- Abg Garang Awang & Petras / Jasnie Mohd Yaakub

