Perigi "Kami Sayang Semporna"

"KAMI SAYANG SEMPORNA" begitulah kreatifnya penduduk di Kampung Tagasan Semporna, tapi tahukah ini (gambar) apa ? kalau ke TLDM mesti akan nampak sesuatu seperti bentuk kotak diperbuat daripada simen berada di tepi jalan.

Pada waktu dulu, sebelum adanya penyaluran/bekalan air, ini (gambar) menjadi tumpuan para penduduk untuk mendapatkan bekalan air bersih. Dulu bentuknya tidak seperti sekarang, ia merupakan sebuah perigi didalamnya terdapat air mata air (sumber air bersih/mineral)

Dikenali pada awalnya sebagai “Perigi Pak Hisab”, sebab letaknya di tepi sebuah sungai dalam tanah milik Pakcik Hisab Bin Mortojo (berbangsa jawa tetapi saudara-saudaranya berbangsa Bajau di Semporna).


Dulu seingat min kawasan ini merupakan salah satu tempat kegemaran untuk orang yang suka mandi sungai sebab airnya yang jernih, sejuk dan terdapat mini air terjun.

Disebelahnya pula terdapat sebuah perigi, tempat selalu orang kampung mengambil air mineral semula jadi /air galian.

Setiap hari sabtu selalu ke sini untuk tujuan bermandi-manda dan bergusti air memandangkan rumah pakcik dan makcik min terletak berdekatan dengan sungai dan perigi ini

Yang melukis lukisan "Kami Sayang Semporna" di dinding perigi ini pula seingat min adalah dua orang budak dari keluarga yang tinggal berhampiran perigi tersebut yang dikenali sebagai nama timangan "Ombat" dan "Emmek"

 


Selalu kalau kita menuju ke Pakalangan Bay, Kampung Bantayan atau ke Pangkalan Tentera Laut Semporna haaaa sekitar bulatan menghubungkan tiga lokasi ini kamurang akan dapat lihat perigi ini betul-betul terletak di pinggir bahu jalan raya (kalau dari datang dari arah Pekan Semporna, perigi ini terletak di sebelah kanan korang). Tulisan yang tertera “Kami Sayang Semporna” dalam gambar ni pun sudah lama pudar.

Kini sungai tersebut tidak lagi wujud kerana diatasnya telah dibina jalan raya yang menghubungkan TLDM - Kampung Tagasan - Kampung Bantayan. Sebahagiannya pula telah menjadi bulatan antara Kampung Bantayan, Kampung Tagasan, jalan pantai ke Kampung Kubang Baru/Kubang Pinang.

Kini perigi tersebut telah dinaik taraf dan masih lagi digunakan oleh penduduk setempat seperti dalam gambar walaupun pada hari ini bekalan air bersih sudah disalurkan daripada loji rawatan air yang terdapat di daerah Semporna.

Selain penting sebagai tempat mendapatkan sumber air, perigi tersebut juga dipertahankan kerana ia adalah perigi lama khazanah yang sangat berharga, tidak dibiarkan tertimbus akibat pembangunan jalan raya pesisir pantai.

Terbaru Lebih lama