Pari Putih Gergasi Muncul di Perairan Semporna


Tular sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan pengunjung terserempak dengan seekor pari saiz gergasi berwarna putih yang muncul di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini.

Video tersebut dirakam oleh @noorfairoz_ telah menarik perhatian ramai di Tiktok dan Facebook sehingga mengundang ribuan komen yang terpukau dengan keindahan dan keanggunan makhluk laut tersebut.

Haiwan yang sungguh unik itu kelihatan seperti sedang terbang di lautan dan faham para pelancong tersebut sedang melihat dirinya maka ia pun berenang-renang di sekitar bot milik para pelancong tersebut sehinggalah setelah beberapa minit ia pun berlalu pergi.

Kejadian tersebut sebenarnya berlaku di sekitar Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom Semporna, Sabah.

@sempornamari 𝐎𝐜𝐞𝐚𝐧𝐢𝐜 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐧𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐲, atau pari manta putih, merupakan antara makhluk laut paling jarang ditemui di dunia. Manta ray terkenal dengan tubuhnya yang besar serta gerakan renang yang anggun, namun varian putih ini lebih istimewa kerana warna tubuhnya yang unik dan habitatnya yang terpencil jauh di dasar laut. Terbaru, Tular satu video memaparkan seekor Oceanic White Manta Ray gergasi yang muncul di perairan Semporna, Sabah. Pemandangan menakjubkan ini berjaya menarik ribuan komen dan reaksi daripada netizen di Tiktok dan Facebook yang kagum dengan keindahan haiwan tersebut. Keunikan pari manta putih ini alah varian luar biasa yang dipercayai muncul akibat mutasi genetik atau adaptasi,ekologi, menjadikannya amat sukar untuk ditemui. Dipetik dari sebuah kisah rakyat di Semporna iaitu 'Lagenda Arung Salamiah', ketika Arung Salamiah dan adiknya Arung Sariah cuba melarikan diri daripada diburu oleh Datu Jamalul Alam bersama pengikutnya, Syeikh Imam Maulana telah sempat berdoa agar semangat alam menolong mereka berdua. Cuaca tiba-tiba bertukar ribut, air laut tiba-tiba berombak besar dan guruh saling menyahut. sebaliknya perahu yang dinaiki oleh Arung Salamiah dan Arung Sariah kelihatan tenang terapung di atas seekor ikan pari gergasi yang merupakan jelmaan kepada ombo’ banag’ dengan pantas membawa mereka berdua berlalu pergi. #sempornamari #semporna ♬ original sound - Semporna Mari

Jom kenali pari putih gergasi ini...

Oceanic White Manta Ray atau pari manta putih, merupakan antara makhluk laut paling jarang ditemui di dunia. Manta ray terkenal dengan tubuhnya yang besar serta gerakan renang yang anggun, namun varian putih ini lebih istimewa kerana warna tubuhnya yang unik dan habitatnya yang terpencil jauh di dasar laut.

Keunikan pari manta putih ini alah varian luar biasa yang dipercayai muncul akibat mutasi genetik atau adaptasi,ekologi, menjadikannya amat sukar untuk ditemui.

Oceanic White Manta Ray ni ialah spesies pari manta terbesar di dunia, dengan lebar boleh mencecah 7 meter dan badan berwarna hitam di atas serta putih di bawah. 

Ia hidup di lautan tropika dan subtropika, makan plankton, dan terkenal kerana sifatnya yang jinak. Spesies ini terancam akibat penangkapan berlebihan dan pembiakan yang sangat perlahan.


Kalau di Semporna, ikan pari selalunya akan di jemur menjadi 'Kihampau' sangat sedap dimakan apabila direbus dan dimakan bersama cicah lada. Namun ikan pari juga terkait dengan beberapa cerita lagenda di Semporna contohnya...

Dipetik dari sebuah kisah rakyat di Semporna iaitu 'Lagenda Arung Salamiah', ketika Arung Salamiah dan adiknya Arung Sariah cuba melarikan diri daripada diburu oleh Datu Jamalul Alam bersama pengikutnya, Syeikh Imam Maulana telah sempat berdoa agar semangat alam menolong mereka berdua.

Cuaca tiba-tiba bertukar ribut, air laut tiba-tiba berombak besar dan guruh saling menyahut. Perahu perahu yang dinaiki oleh Arung Salamiah dan Arung Sariah kelihatan tenang terapung di atas seekor ikan pari gergasi yang merupakan jelmaan kepada ombo’ banag’ dengan pantas membawa mereka berdua berlalu pergi.

Dalam kepercayaan masyarakat tempatan, terutamanya di Sabah, ikan pari juga dikaitkan dengan unsur mitos, perubatan tradisional, dan juga sebagai saka atau makhluk halus yang menjelma. Kepercayaan ini berakar umbi daripada hubungan rapat masyarakat Bajau dan Suluk dengan alam maritim. 
Terbaru Lebih lama