Apabila pelancong datang melancong ke sekitar kawasan Pantai Barat Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu utama untuk masuk, dan boleh dikatakan 90% daripada para pelancong masuk dari sini adalah kerana ingin ke Kundasang untuk melihat panorama dan keindahan suasana Gunung Kinabalu.
Bagi korang yang pertama kali berkunjung ke Sabah, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kemudian menginap pula di sekitar kawasan Bandar Raya Kota Kinabalu dan masih tercari-cari aktiviti menarik untuk dilakukan, menyaksikan persembahan Magunatip boleh menjadi salah satu pilihan yang menyeronokkan.
Kesilapan utama ramai orang adalah terlepas pandang ketika merancang perjalanan untuk melihat panorama Gunung Kinabalu di Sabah dimana ramai yang tidak tahu bahawa memilih lokasi untuk menginap sebagai keutamaan sebenarnya adalah perkara yang sangat penting. Ia akan memberi pengaruh yang sangat besar kelak dalam ekspedisi perjalanan korang nanti. Terdapat dua pilihan utama yang perlu korang pertimbangkan iaitu adakah korang akan terus bertolak dari balai ketibaan menuju ke Homestay, Chalet atau Resort di sekitar Kundasang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu atau...
Tidak perlu pergi jauh ke kawasan pedalaman Sabah untuk melihat tarian ini kerana persembahannya turut diadakan di Imago Shopping Mall, salah satu pusat membeli-belah paling popular di Bandar Raya Kota Kinabalu.
Kalau korang menginap sekitar hotel-hotel yang terletak di sekitar kawasan bandar utama di Kota Kinabalu, Naik Grab beberapa minit sahaja sudah sampai, kalau rajin berjalan kaki pun boleh juga sambil menikmati keindahan suasana sekitar Bandar raya Kota Kinabalu.
Persembahan Magunatip di Imago Shopping Mall Sabah
Kalau bercakap tentang tarian tradisional Sabah, antara yang paling terkenal dan sering menjadi tumpuan pelancong sudah tentu Tarian Magunatip.
Tarian yang unik ini berasal daripada suku kaum Murut, salah satu masyarakat pribumi orang asli di Sabah yang banyak menetap di kawasan pedalaman seperti Tenom, Nabawan dan Keningau.
Apa yang membuatkan Magunatip begitu istimewa ialah penggunaan dua batang buluh panjang yang diketuk dan digerakkan secara berirama. Para penari pula perlu melangkah masuk dan keluar di celah-celah buluh tersebut dengan pantas tanpa kaki mereka tersepit.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya memerlukan fokus, ketangkasan dan keberanian yang tinggi.
...Menginap terlebih dahulu di Hotel-hotel yang terdapat di kawasan Bandar Raya dan kemudiannya melakukan Road Trip ke Kundasang yang mengambil masa kira-kira 2 hingga 2.5 jam pemanduan untuk jarak 88 kilometer tempoh perjalanan sebelum melawat tempat-tempat menarik sekitar Kundasang selama seharian (pilihan ke-2 ni selalunya ramai yang pilih jika ingin pergi ke tempat lain seperti Taman Negara Tunku Abdul Rahman)
Nama "Magunatip" sendiri berasal daripada perkataan Murut iaitu "Atip" yang membawa maksud mengetip atau menjepit. Nama ini sangat sesuai kerana pergerakan buluh dalam tarian tersebut seolah-olah cuba "menjepit" kaki para penari yang sedang menari mengikut rentak.
Menariknya, pada zaman dahulu tarian ini bukan sekadar hiburan semata-mata. Ia merupakan salah satu bentuk latihan ketangkasan dan keberanian bagi golongan masyarakat etnik Murut.
Mereka dilatih untuk bergerak pantas, cekap dan tangkas dalam mengelakkan bahaya. Seiring dengan perubahan zaman, Magunatip kemudiannya berkembang menjadi tarian kebudayaan yang dipersembahkan dalam pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, keramaian kampung, sambutan rasmi dan juga Pesta Kaamatan.
Persembahan biasanya berlangsung beberapa kali sehari, antaranya sekitar jam 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang dan 8 malam. Lokasinya pula di pintu masuk utama pusat membeli-belah tersebut. Program ini diadakan sebagai usaha memperkenalkan dan mempromosikan warisan budaya Sabah kepada orang ramai, khususnya pelancong dari dalam dan luar negara.
Suasana ketika persembahan berlangsung memang cukup meriah. Bunyi hentakan buluh yang berirama, pakaian tradisional yang berwarna-warni dan gerakan penari yang lincah pasti membuatkan pengunjung teruja untuk berhenti seketika dan menikmati keindahan budaya Sabah.
Apa yang lebih menarik, selepas persembahan selesai, para penari biasanya akan menjemput para penonton untuk mencuba sendiri tarian tersebut. Sudah tentu min tidak melepaskan peluang tersebut! Pada mulanya nampak mudah sahaja melihat penari melangkah keluar masuk di celah buluh yang diketuk mengikut rentak.
Tetapi apabila tiba giliran min, barulah min sedar ia bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu sentiasa fokus pada pergerakan buluh sambil mengikut rentak muzik supaya kaki tidak tersepit. Jika berpeluang, min memang menggalakkan korang untuk mencubanya sendiri kerana pengalaman menonton dan pengalaman menari Magunatip adalah dua perkara yang sangat berbeza!
Jadi, jika anda sedang bercuti di Kota Kinabalu dan mempunyai sedikit masa terluang, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri keunikan tarian ini. Selain menjadi hiburan, ia juga memberi peluang kepada kita untuk lebih menghargai kekayaan budaya dan warisan masyarakat Sabah yang begitu unik dan menarik.
