Tehe-Tehe atau ada juga yang menyebut sebagai Tehek-Tehek adalah makanan daripada sejenis landak laut berduri pendek dan ia banyak dijual di daerah Semporna dengan harga sekitar RM10.00 ke atas mengikut bilangan dan saiz landak laut itu.
Ianya sedap dimakan begitu sahaja (mentah) atau dimakan bersama nasi sebagai lauk atau di masak bersama cengkerang dan dijadikan Nasi Tehe-Tehe (Oko-Oko).
Cara penyediaan untuk makan amat mudah, setelah duri ditanggalkan cengkerang landak laut akan dibelah kemudian isinya akan dibersihkan dimana bahagian tidak diperlukan akan dibuang.
Isinya yang manis seakan rasa telur ikan atau telur ketam, berwarna kekuning-kuningan boleh dimakan secara segar & mentah-mentah, aroma laut segar akan memberi perisa tambahan sewaktu dikunyah.
Isinya yang manis seakan rasa telur ikan atau telur ketam, berwarna kekuning-kuningan boleh dimakan secara segar & mentah-mentah, aroma laut segar akan memberi perisa tambahan sewaktu dikunyah.
Catat Ulasan