Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Oko-Oko Nasi Dari Laut


Oko-Oko
adalah hidangan tradisional masyarakat Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia, yang menggunakan landak laut sebagai bahan utama yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai Tehe-Tehe.

Landak laut yang telah selesai diambil isinya, sisa cengkerangnya pula akan diisi dengan beras, kemudian akan dimasak seperti menyediakan ketupat.

Maka untuk lebih mudah difahami, Okko-oko adalah hidangan yang terdiri daripada nasi yang dimasak di dalam cengkerang landak laut.

Cengkerang tersebut digunakan sebagai bekas semula jadi untuk memasak nasi, memberikan rasa unik yang menggabungkan kemanisan nasi dengan rasa laut yang khas dari landak laut.

Hidangan ini juga dikenali dengan nama lain seperti Ketupat Tehe-Tehe atau Nasi Tehe-Tehe.


Cara Penyediaan 

1. Penyediaan landak laut:
  • Duri landak laut haruslah dibersihkan terlebih dahulu, kemudian lubang kecil dibuat di bahagian bawah untuk membuang bahagian isi dalam dan kekotoran lain seperti pasir.
2. Pengisian nasi:
  • Beras akan dicampur dengan rempah dan bahan lain seperti sedikit garam, dimasukkan ke dalam lubang landak laut yang dibuat sebelum ini.
3. Penutupan:
  • Lubang itu kemudian ditutup dengan daun pandan atau kelapa.
4. Cara Masak:
  • Landak laut yang sudah diisi beras tadi kemudiannya direbus sehingga nasi di dalamnya masak.
5. Cara makan:
  • Oko-oko dimakan dengan memecahkan cengkerang dan mengupasnya seperti telur rebus, sambil memegang dan memakan nasi padat dengan isi landak laut yang masin.

Nasi Tehe-Tehe ini akan dimakan bersama lauk seperti ikan bakar, siput dan makanan laut lain, rasanya yang manis bercampur sedikit masin-masin aroma laut.

Memberikan struktur rasa yang sangat berbeza dengan cara masakan nasi yang sedia ada kita kenali kerana bagi mereka yang pertama kali merasakan hidangan ini, 100% lain dari yang lain...

Post a Comment

Terbaru Lebih lama