Menurut maklumat yang diberikan oleh Encik Astal Ibrahim, sekumpulan para pemancing secara tidak sengaja telah berjaya menangkap seekor ikan yang tertera menyerupai kalimah "Allah" di sekitar badan (sisik) ikan tersebut.
Ikan ini telah terpancing pada hari raya ke-4 iaitu di sekitar perairan Pulau Mabul Semporna pada 6 September 2013.
Pada awalnya mereka tidak menyedari bahawa ikan ini disisiknya tertera tulisan atau bentuk menyerupai kalimah "Allah" sehinggalah ikan tersebut ingin dibersihkan untuk dimasak.
Allah Maha Besar yang menciptakan langit serta isi bumi, mungkin ini adalah salah satu bentuk tuhan ingin menunjukkan kekuasaan-NYA kepada para hambanya. Untuk makluman gambar ini kami terima melalui messenger.
- Sumber Encik Astal Ibrahim
Catat Ulasan