Kalau berkunjung ke Semporna atau beberapa kawasan pesisir pantai timur di Sabah, anda mungkin pernah terdengar tentang makanan eksotik yang dipanggil Lokot atau Lukot. Sekali pandang, bentuknya memang unik kerana kelihatan seperti mee atau suhun yang jernih dan lembut.
Disebabkan rupanya itu, ramai yang menyangka ia adalah sejenis rumpai laut. Namun hakikatnya, Lokot bukanlah rumpai laut seperti yang disangkakan.
Sebenarnya, Lokot merupakan kantung telur daripada sejenis slug laut atau lintah laut yang dikenali sebagai Arnab Laut (Dolabella auricularia). Ada juga didalam kalangan masyarakat tempatan, haiwan ini lebih dikenali dengan nama Rugu-Rugu atau Dunsol.
Menariknya, Lokot boleh ditemui dalam beberapa variasi warna seperti coklat kehitaman, hijau cerah, dan hijau pekat. Ia biasanya ditemui di kawasan lagun yang airnya tenang, terutamanya berhampiran kawasan pertumbuhan rumpai laut.
Walaupun kurang dikenali di luar Sabah, Lokot sebenarnya merupakan makanan tradisional yang cukup istimewa bagi masyarakat setempat. Teksturnya sering dibandingkan dengan mee suhun, tetapi mempunyai sedikit rasa lemak semula jadi yang menjadikannya unik.

Kebiasaannya, Lokot dimakan mentah sejurus selepas dituai dari laut bagi mengekalkan kesegaran dan rasa asalnya.
Cara penyediaannya juga sangat mudah. Ia sering dihidangkan seperti kerabu dengan campuran perahan limau, lada dan sedikit garam. Gabungan bahan-bahan ringkas ini berjaya menyerlahkan rasa semula jadi Lokot yang segar dan menyelerakan.
Namun begitu, Lokot bukan hanya sesuai dimakan mentah. Ada juga yang memasaknya secara tumis, dijadikan kari atau dipelbagaikan dalam pelbagai resipi tempatan mengikut cita rasa masing-masing. Bagi penggemar makanan laut eksotik, Lokot menjadi lebih istimewa apabila dinikmati bersama hidangan tradisional lain seperti Tayum dan Tehe-Tehe.
Walaupun mungkin kelihatan pelik bagi mereka yang pertama kali melihatnya, Lokot merupakan salah satu khazanah makanan laut unik Sabah yang mencerminkan kekayaan budaya dan warisan masyarakat pesisir pantai.

Jika anda berpeluang berkunjung ke Semporna atau kawasan sekitarnya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman menikmati makanan eksotik yang satu ini.